Utusan Borneo (Sabah)

Rampas P.191 Kalabakan kejutan Warisan

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Kejayaan Warisan merampas kerusi Parlimen P.191 Kalabakan bukan sahaja mengejutka­n pemerhati politik tetapi begitu juga ahli dan penyokong parti itu.

Pemangku Ketua Wira Jentera Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Kalabakan merangkap Naib Ketua Wira Kalabakan Mohd Afsar Abd Latif mengakui kejutan kejayaan luar jangka itu.

“Kita tidak sangka kerana dapat kerusi P.191 Kalabakan kerana kita sebenarnya mensasarka­n kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.58 Merotai dan N.60 Sebatik.

“Walaupun kita tidak dapat merampas kerusi Sebatik, namun kita berjaya mendapatka­n kerusi P.191 Kalabakan, dan kejayaan itu rasanya cukup membanggak­an,” katanya.

Afsar berkata kejayaan Warisan merampas dua kerusi yang ditawarkan di Bahagian Kalabakan juga menunjukka­n bahawa rakyat sebenarnya mahukan perubahan.

Menurutnya, kemenangan yang diperolehi Warisan Kalabakan juga memberikan harapan baharu kepada anak muda di kawasan itu yang mahukan lebih banyak peluang pekerjaan.

“Kita memang menjanjika­n perkara ini dalam manifesto kita, selain peluang pendidikan, klinik kesihatan dan akan berusaha mewujudkan Pejabat Daerah Kalabakan,” katanya.

Keputusan PRU14 menyaksika­n Ma’mun Sulaiman (Warisan) menewaskan tokoh veteran Umno yang juga Ketua Bahagian Umno Kalabakan Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh.

Sarifuddin Hata melengkapk­an kemenangan Warisan apabila merampas kerusi N.58 Merotai, namun dua lagi kerusi DUN berjaya dipertahan­kan oleh Barisan Nasional (BN).

Kedua-dua kerusi DUN, N.59 Tanjung Batu dan N.60 Sebati k dimenangi penyandang asalnya iaitu masing-masing oleh Datuk Hamisa Samat dan Datuk Abdul Muis Picho.

 ??  ?? SARIFUDDIN
SARIFUDDIN
 ??  ?? MA’MUN
MA’MUN
 ??  ?? AFSAR
AFSAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia