Utusan Borneo (Sabah)

Keputusan mengejutka­n

Kehilangan kerusi BN di Parlimen Kalabakan dan DUN Merotai

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebatik Datuk Abdul Muis Picho melihat keputusan pilihan raya kali ini sebagai mengejutka­n.

Khususnya, apabila penyandang kerusi Parlimen Kalabakan Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh tewas kepada calon Warisan, Ma’mun Sulaiman.

“Kita rasa terkejut, namun pilihan raya ini kita nampak masih banyak kelemahan yang selama ini mungkin kita terlepas pandang,” katanya ketika ditemui di sini pada Khamis.

Beliau berkata kehilangan dua kerusi utama, Parlimen Kalabakan dan DUN Merotai, menjadikan Umno dan BN Kalabakan perlu memperbaik­i segera kelemahan yang ada.

Menurutnya, usaha itu perlu dilakukan untuk memastikan BN berupaya merampas kembali kedua-dua kerusi terbabit yang kini dikuasai oleh Warisan.

“Mengenai pengundi muda, memang kita ada bincang di Umno Kalabakan, yang kita kena lihat lebih 8,000 pengundi baharu kerana dikhuatiri kesannya kalau kita tidak beri perhatian kepada mereka.

“Memang suatu hari nanti kita akan nampak kesannya dan hari ini kita nampak sendiri kenyataaan­nya (kesannya) yang berlaku,” katanya.

Menyentuh kejayaanny­a mempertaha­nkan kerusi DUN Sebatik pula, Muis berkata walaupun menang tipis, namun semua agenda yang sudah dirancang akan diteruskan.

Sementara itu, Adun Tanjung Batu Datuk Hamisa Samat menyifatka­n kekalahan dua kerusi dan menurunnya majoriti yang diperolehi kemungkina­n berkaitan situasi semasa di Semenanjun­g.

“Keputusan ini di tangan rakyat dan mereka sudah buat keputusan, malah memang pada PRU (nasib) kita akan kembali ditentukan oleh rakyat dan rakyat sudah gunakan hak mereka.

“Terpulang kepada rakyat untuk menentukan, namun saya berterima kasih kepada pengundi yang masih mengundi BN, amanah ini akan saya pikul,” katanya.

Ditanya berhubung perancanga­n masa hadapannya jika beliau akan kembali bertanding dalam Jawatankua­sa Umno Bahagian, beliau sekadar menjawab belum memikirnya lagi.

“Kita rasa terkejut, namun pilihan raya ini kita nampak masih banyak kelemahan yang selama ini mungkin kita terlepas pandang”

DATUK ABDUL MUIS PICHO Adun Sebatik

 ??  ?? MUIS dan Hamisa kini mewakili legasi BN Kalabakan untuk meneruskan agenda perjuangan mereka untuk rakyat sebagai Adun.
MUIS dan Hamisa kini mewakili legasi BN Kalabakan untuk meneruskan agenda perjuangan mereka untuk rakyat sebagai Adun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia