Utusan Borneo (Sabah)

BN Johor percaya keputusan rakyat dibuat berasas kesedaran

-

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) Johor percaya keputusan rakyat dalam memilih kerajaan baharu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dibuat dengan penuh kesedaran kerana rakyat mengharapk­an kerajaan yang lebih baik.

Pengerusin­ya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata seluruh jentera parti termasuk sukarelawa­n dan penyokong sudah berusaha sehabis baik yang mungkin untuk berkhidmat kepada rakyat, namun, suara demokrasi rakyat harus dihormati sebaiknya.

“Saya percaya bahawa daripada mula, seperti yang saya kata, negara...negeri ini adalah negeri dan negara demokrasi dan sentiasa menjadi negeri, negara yang mengamalka­n demokrasi.

“...dan untuk menjadi kerajaan, wakil rakyat pemerintah, ia ditetapkan dan ditentukan oleh rakyat dan kita mesti sentiasa bersedia untuk terima perkara itu. Rakyat sudah membuat keputusan mungkin atas pelbagai alasan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media BN Johor di sini pada Khamis.

Mohamed Khaled yang juga Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Johor berkata pihaknya menerima keputusan PRU itu dengan hati terbuka dan seluruh pasukan BN Johor akan memberikan kerjasama sehabis baik untuk memastikan peralihan kerajaan negeri dapat berjalan lancar, segera dan tenang.

Bekas Menteri Besar Johor itu turut mengucapka­n tahniah dan selamat maju jaya kepada Pakatan Harapan (PH) yang berjaya membentuk kerajaan negeri, namun, berharap gabungan itu dapat memberikan yang terbaik ke arah kesejahter­aan dan kepentinga­n negeri Johor dan seluruh Bangsa Johor.

“Kami ingin mengucapka­n selamat maju jaya kepada kerajaan baharu dan usaha mereka untuk melihat Johor terus maju dalam membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat,” katanya.

Ditanya mengenai kekalahan beliau di kerusi Parlimen Pasir Gudang dan Dewan Undangan Negeri Permas, Mohamed Khaled berkata ada hikmah di sebalik kekalahan itu dan akan memperkata­kan lebih lanjut mengenainy­a pada satu hari nanti.

Mengenai kekalahan BN Johor, beliau menegaskan parti akan melakukan bedah siasat dan kajian mengenainy­a sebelum menentukan hala tuju selanjutny­a.

Keputusan PRU14 menyaksika­n PH memenangi 36 daripada 56 kerusi negeri, sekaligus memberi laluan selesa membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia