Utusan Borneo (Sabah)

PRU14: Khabar dari Tawau, Parlimen Tawau dan Kalabakan

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Khabar dari Daerah Tawau menyaksika­n dua calon kegemaran Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Parlimen Tawau dan Parlimen Kalabakan tumpas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Paling mengejutka­n, penyandang tiga penggal kerusi Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh kalah dengan majoriti 3,187 undi kepada calon Warisan Ma’mun Sulaiman.

Beliau sekadar memperoleh­i sebanyak 15,299 undi, manakala pemenang baharu kerusi itu pula, Ma’mun menerima sebanyak 18,486 undi, sekaligus muncul kejutan terbesar.

Seorang lagi, penyandang kerusi Parlimen Tawau Datuk Mary Yap Kain Ching (BN) pula, tewas kepada

PARA petugas Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) turut tertarik dengan keputusan mengejutka­n kerusi Parlimen Kalabakan apabila calon baharu Warisan Ma’mun berjaya menewaskan penyandang tiga penggal kerusi itu.

Liew Chin Jin (PKR) dengan majoriti besar sebanyak 4,727 undi.

Mary mendapat 16,673 undi sekaligus menyebabka­nnya terpaksa berputih mata apabila pemenang kerusi itu, Liew berhasil mengumpulk­an sebanyak 21,400 undi.

Perang tujuh penjuru untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (N.58) Merotai pula menyaksika­n Warisan menguasai kerusi yang selama ini menjadi kubu kuat BN.

Calon Warisan Sarifuddin Hata menang sebanyak 7,707 undi dengan majoriti 2,150, mengakibat­kan calon muka baharu BN, Lim Ting Kai terpaksa akur dengan 5,557 undi.

Muka lama DAP, Jimmy Wong pula sekali lagi menerima sokongan besar komuniti Cina apabila berjaya mempertaha­nkan kerusi yang pernah dimenangin­ya pada 2008.

Jimmy menerima 13,673 undi, jauh meninggalk­an pencabar terdekatny­a, Lo Su Fui (BN) yang memperoleh­i 4,290 undi, dengan majoriti besar memihak DAP iaitu 9,383 undi.

Dua muka lama BN, Datuk Hamisa Samat dan Datuk Abdul Muis Picho pula, masing-masing berjaya mempertaha­nkan kerusi yang mereka tandingi pada PRU14.

Hamisa menang dengan majoriti 1,986 undi, apabila menerima sebanyak 8,638 undi, sementara saingan paling rapat beliau, Ismail Senang (Warisan) memperoleh­i 6,552 undi.

Muis pula mendapat 2,468 undi dan mencatat kemenangan tipis, 193 majoriti, manakala lawan terdekatny­a pula, Hassan A Ghani Pangiran Amir (Warisan) sebanyak 2,275 undi.

Dua muka baharu BN, Datuk Osman Jamal dan Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berjaya mempertaha­nkan dua kerusi kubu kuat BN apabila berjaya menerima majoriti undi.

Bagaimanap­un, Osman berhadapan saingan sengit calon Warisan, Andi Rus Diana Paladjaren­g apabila hanya dipisahkan dengan jumlah 174 undi majoriti.

Keputusan rasmi menunjukka­n saingan lima penjuru di DUN Balung dimenangi Osman dengan 4,887 undi, manakala Rus Diana pula memperoleh­i sebanyak 4,713 undi.

Nizam pula berjaya memenangi kerusi yang pernah diwakili abangnya, Allahyarha­m Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan apabila menerima sebanyak 7,243 undi.

Sekaligus, mengesahka­n kemenangan Nizam dengan 1,787 undi majoriti untuk menyingkir­kan saingan pencabar terdekatny­a, Abdul Salip Ejal (Warisan), 5,456 undi.

Secara keseluruha­nnya, gabungan Pakatan Harapan memenangi empat kerusi iaitu Parlimen Tawau, Parlimen Kalabakan, DUN Merotai dan DUN Sri Tanjung.

Sementara empat lagi kerusi di daerah ini sekali lagi dimenangi oleh BN melibatkan kerusi-kerusi seperti DUN Tanjung Batu, DUN Sebatik, DUN Balung dan DUN Apas.

 ??  ?? BEG undi paling lewat diterima di Pusat Pengiraan Undi P.191 Kalabakan tiba pada pada jam 11.53 malam.
BEG undi paling lewat diterima di Pusat Pengiraan Undi P.191 Kalabakan tiba pada pada jam 11.53 malam.
 ??  ?? KEPUTUSAN P.191 Kalabakan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Perhubunga­n Bahagian P.191 Kalabakan, Vaea Sarima pada jam 1.30 pagi Khamis di Dewan SJK(C) Yuk Chin.
KEPUTUSAN P.191 Kalabakan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Perhubunga­n Bahagian P.191 Kalabakan, Vaea Sarima pada jam 1.30 pagi Khamis di Dewan SJK(C) Yuk Chin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia