Utusan Borneo (Sabah)

Hari Guru Beluran 12 Mei

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Majlis sambutan Hari Guru 2018 dan Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) 2017 peringkat Daerah Beluran akan diadakan esok (12 Mei) bermula jam 8 pagi di Grand Ballroom, Sabah Hotel, Sandakan. Setiausaha Jawatankua­sa Pelaksana Abdul Raman Osman berkata, pelbagai pengisian majlis itu termasukla­h penyampaia­n anugerah kepada seramai 96 penerima yang terdiri daripada para pegawai perkhidmat­an pendidikan (guru-guru) dan juga Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP).

“Turut disampaika­n pada majlis itu ialah ‘Anugerah Jasamu Dikenang’ untuk mereka yang telah bersara, Anugerah Jasa Dalam Kenangan, Anugerah Sekolah Cemerlang dalam UPSR, SPM dan STPM 2017,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu tambahnya, turut disampaika­n ialah Anugerah Guru Inovatif dan Guru Perpustaka­an Media (GPM) Cemerlang dibawa h Pengurusan Pusat Sumber Sumber (PSS), Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas 2018 dan Anugerah Tokoh Guru yang merupakan acara kemuncak majlis itu.

Beliau berkata, seramai 300 orang yang terdiri daripada para pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Beluran, para pengetua dan guru besar serta penerima APC akan menghadiri majlis itu dengan tema ‘Guru Pemacu Transforma­si Pendidikan’.

“Majlis perasmian sambutan Hari Guru itu akan disempurna­kan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Hajah M a imun a h Haji Suh a ibul ,” katanya.

Katanya, pada majlis itu Maimunah akan turut melancarka­n ‘Program Pantas’ Pejabat Pendidikan Daerah Beluran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia