Utusan Borneo (Sabah)

Tempoh lima tahun akan datang dijangka lebih mencabar

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Bekas Pembantu Menteri Pembanguna­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Pang Yuk Ming percaya persada politik negara akan terus mencabar dalam tempoh lima tahun akan datang.

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri N.58 Merotai berkata rakyat semakin kritis membuat pilihan dan tuntutan rakyat kepada Yang Berhormat (YB) juga kian kompleks.

“Janganlah fikir menjadi YB untuk meraih populariti semata-mata, walaupun boleh dibanggaka­n namun tugas dan amanah yang di per tanggungja­wab perlu diutamakan.

“Rakyat memberikan amanah, jadi seseorang YB perlu sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk membawa rakyat ke tahap lebih baik berbanding sebelumnya,” katanya.

Pang ditemui Utusan Borneo di kediamanny­a di sini pada Rabu, selepas menunaikan tanggungja­wabnya sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata pemahaman politik rakyat semakin matang dan kemajuan teknologi yang ada akan memudahkan rakyat lebih dekat dengan senario politik semasa.

“Jika jadi YB, berilah perkhidmat­an yang terbaik kepada rakyat dan cubalah mencari idea yang berpandang­an jauh, kerana anda dipilih untuk berbakti membela nasib masyarakat.

“Rakyat juga dilihat tidak lagi mengundi berdasarka­n parti tetapi lebih cenderung kepada memilih calon YB yang boleh mereka letakkan harapan dan kepercayaa­n,” katanya.

Pelaksanaa­n PRU14 yang lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini pula disifatkan­nya sebagai petanda positif di sebalik pertanding­an sengit yang berlaku.

Beliau percaya situasi itu membuktika­n bahawa rakyat Malaysia sebenarnya boleh hidup dalam keadaan aman damai walaupun wujud perbezaan ideologi politik sesama mereka.

Ditanya mengenai hala tuju politiknya selepas tidak dicalonkan oleh BN pada PRU14, Pang menghormat­i keputusan pucuk pimpinan parti dan akan terus kekal dalam BN.

 ??  ?? PANG
PANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia