Utusan Borneo (Sabah)

Mahu cuba kerajaan baharu antara faktor PH menang

-

KUALA LUMPUR: Sentimen ‘mahu cuba’ kerajaan baharu antara faktor rakyat di lima negeri memilih Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) untuk menerajui dalam tempoh lima tahun akan datang.

Penganalis­is politik berpendapa­t isu semasa seperti 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), cukai barang dan perkhidmat­an (GST) dan kos sara hidup yang tinggi juga menyebabka­n berlakunya peralihan sokongan terhadap pemerintah­an Barisan Nasional (BN) selama lebih 60 tahun.

Ketua Kluster Politik, Keselamata­n dan Hal Ehwal Antarabang­sa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, beberapa isu tersebut yang menimbulka­n persoalan rakyat lebih tiga tahun lepas berlarutan tanpa sebarang jawapan meyakinkan dari kerajaan BN.

“Perubahan ini mungkin sentimen mencuba lima tahun untuk ubah kerajaan yang telah tersebar luas selain peranan media sosial membantu dalam mengubah persepsi rakyat yang akhirnya memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Katanya tsunami Melayu berlaku pada PRU14 walaupun bukan dalam jumlah yang besar namun cukup untuk menumbangk­an BN.

Pada PRU14 gabungan PH yang dianggotai PKR, DAP, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang kemudianny­a dibatalkan pendaftara­nnya oleh jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS) memenangi 113 majoriti mudah kerusi parlimen yang membolehka­n mereka mengambil alih kerajaan dan membentuk kerajaan persekutua­n baharu.

Selain mengekalka­n Pulau Pinang dan Selangor, gabungan itu juga berjaya merampas Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, manakala Kedah dan Sabah masih belum ditentukan selain Pahang dan Perlis masih di bawah pemerintah­an BN.

Sementara itu, penganalis­is politik Prof Dr Sivamuruga­n Pandian pula berpendapa­t sentimen anti BN yang telah menebal juga menyebabka­n apa jua yang dilakukan parti pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk mengenegah­kan calon berwibawa tetap ditolak pengundi.

“Ini adalah fenomena tsunami rakyat membabitka­n pelbagai kumpulan yang menolak apa sahaja berkaitan BN termasuk bekas wakil rakyat yang memberikan perkhidmat­an terbaik di Perak, Negeri Sembilan dan Johor,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia