Utusan Borneo (Sabah)

Najib kekal pertahan Parlimen Pekan bagi penggal ke-10

-

PEKAN: Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalka­n kerusi Parlimen Pekan bagi penggal ke-10 berturut-turut selepas mengetepik­an tiga pencabarny­a pada PIlihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Bagaimanap­un, Najib yang mula bertanding di situ bermula 1976, hanya memperoleh majoriti 24,859 undi berbanding 35,613 undi pada PRU13.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menerima 43,854 undi untuk mengalahka­n Kapten (B) Ahiatudin Daud dari PAS yang mendapat 18,995 undi, Mohamad Zahid Mat Arip (PKR) dan Datuk Kadir Sainudin (Bebas) masing-masing mendapat 7,662 undi dan 103 undi.

Sebanyak 81.3 peratus daripada 88,899 pemilih mengundi kali ini dengan 1,393 undi rosak, kata Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Pekan Mohd Yusli Ibrahim Mohd. Yunus semasa mengumumka­n keputusan itu di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini, awal pagi Khamis.

Sementara itu, empat penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Pekan juga mempertaha­nkan kerusi masingmasi­ng.

Kerusi DUN Pulau Manis menyaksika­n penyandang­nya Datuk Khairuddin Mahmud memperoleh 8,282 undi manakala pencabarny­a calon PAS Zainuddin Noh (948) dan calon PKR Abu Bakar Lebai Sudin (2,101).

Di DUN Peramu Jaya, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali menang dengan majoriti 7,182 undi apabila memperoleh 15,433 undi untuk menewaskan calon PKR-PPBM Salim Abd Majid yang memperoleh 2,644 undi manakala calon PAS Abu Kassim Manaf memperoleh 8,251 undi.

Bagi kerusi DUN Bebar pula, BN yang diwakili Datuk Mohd Fakhruddin Mohd. Ariff menang dengan majoriti 5,720 undi apabila memperoleh 8,172 undi untuk mengalahka­n calon PAS Mohd Nazhar Othman (2,452) dan calon PKR-PPBM Afif Syirol Abdul Rahman (968).

Di DUN Chini, Datuk Seri Abu Bakar Harun memperoleh 10,027 undi dengan majoriti 4,622 undi untuk menewaskan calon PAS Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan calon PPBM Mohamad Razali Ithnain (1,065).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia