Utusan Borneo (Sabah)

Israel serang puluhan sasaran Iran di Syria

Selepas menyalahka­n Al-Quds lancar kira-kira 20 roket ke arah tenteranya di Dataran Tinggi Golan

-

BAITULMUQA­DDIS: Tentera Israel semalam berkata ia telah menyerang puluhan sasaran tentera Iran di Syria pada malam kelmarin selepas serangan roket dilancarka­n ke atas tentera Israel yang ia dakwa dijalankan oleh Iran, yang menandakan pergolakan mendadak antara kedua-dua musuh.

Insiden itu berlaku selepas ketegangan meruncing selama berminggu-minggu dan menyusuli keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk menarik diri daripada perjanjian nuklear Iran pada Selasa lepas, satu langkah yang sekian lama diinginkan oleh Israel.

Ia merupakan salah satu operasi ketenteraa­n terbesar oleh Israel sejak beberapa tahun lalu dan serangan terbesar seumpamany­a ke atas sasaran Iran, kata tentera.

Menurutnya, Israel melancarka­n serangan itu setelah kira-kira 20 roket dilepaskan dari Syria ke arah tenteranya di wilayah jajahan Dataran Tinggi Golan pada waktu tengah hari.

Ia menyalahka­n tentera Al-Quds dari Iran bagi serangan roket itu, dan menam-bah sistem antimisil Israel memintas empat projektil manakala bom lain tidak jatuh di dalam wilayahnya.

Tiada warga Israel cedera. Jika disahkan, insiden itu merupakan serangan roket pertama seumpamany­a oleh tentera Iran di Syria ke atas Israel.

“Kami tahu ia datang daripada tentera Al-Quds,” kata jurucakap tentera Leftenan Kolonel Jonathan Conricus, yang merujuk kepada unit tentera khas yang bersekutu dengan Pasukan Pengawal Revolusi Iran.

“Tentera Israel memandang serius serangan Iran ke atas Israel ini.”

Pada awal pagi Khamis, letupan kedengaran di Damsyik, manakala imej secara langsung disiarkan oleh televisyen yang menunjukka­n projektil di atas ruang udara ibu negara Syria dan beberapa misil dimusnahka­n oleh sistem antipesawa­t Syria.

Media kerajaan Syria melaporkan serangan misil Israel terkena pangkalan tentera selain depo senjata dan sebuah kemudahan radar tentera, tanpa menyebut secara khusus tentang lokasinya.

Agensi berita rasmi SANA menambah “puluhan misil ditembak jatuh oleh sistem antipesawa­t di ruang udara Syria”, dan berkata beberapa misil sampai ke sasaran mereka.

Tentera Israel kemudian mengesahka­n ia telah melancarka­n serangan itu, dan berkata puluhan sasaran tentera Iran terkena serangan dan semua pesawatnya sudah kembali dengan selamat.

Conricus berkata perisikan, logistik, penyimpana­n dan kenderaan selain asal roket telah disasari.

Pertahanan udara Syria yang melepaskan puluhan tembakan ke atas tentera Israel turut disasari, katanya.

Tiada komen diterima daripada pegawai Iran.

“Kami tidak mahu mem-burukkan situasi,” kata Conricus tetapi memberi amaran Israel akan bertindak balas dengan keras jika diserang.

Satu kenyataan tentera Israel menyebut “serangan Iran ini adalah satu lagi bukti bagi hasrat di sebalik penubuhan rejim Iran di Syria dan ancaman yang ia timbulkan kepada Israel dan kestabilan serantau”.

Ia menambah ia “tidak akan membiarkan ancaman Iran untuk bertapak di Syria. Rejim Syria akan di-pertanggun­gjawabkan bagi segalanya yang berlaku di dalam wilayahnya”.

Israel sudah memberi amaran selama berminggu-minggu bahawa ia tidak akan menerima usaha Iran untuk meletakkan tentera di negara jiran Syria, di mana Tehran menyokong rejim Presiden Bashar al-Assad dalam perang saudara selama tujuh tahun di negara itu.

Israel dipersalah­kan bagi siri serangan baru-baru ini di dalam Syria yang mengorbank­an warga Iran, walaupun ia tidak mengakui melancarka­n serangan tersebut. Namun ia mengaku melancarka­n puluhan serangan di dalam Syria untuk menyekat apa yang ia sebut sebagai penghantar­an senjata canggih kepada kumpulan Hizbullah yang disokong oleh Iran, satu lagi musuh penting Israel.

Israel sudah menyediaka­n diri selama berminggu-minggu bagi menghadapi tindak balas yang mungkin akan dibuat oleh pihak Iran.

Pengundura­n Trump daripada perjanjian nuklear memburukka­n lagi ketegangan dan menimbulka­n tahap ketidakten­tuan baharu berhubung cara Iran akan bertindak balas.

Kelmarin Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengadakan rundingan di Moscow bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin, selepas negaranya menyediaka­n sokongan ketenteraa­n dan diplomatik yang besar kepada rejim Assad.

Netanyahu dan Putin telah mengadakan siri pertemuan dan perbualan telefon sejak beberapa bulan lalu, khususnya berhubung Syria.

Kedua-dua negara telah menyediaka­n talian khas untuk mengelak pertelingk­ahan yang tidak disengajak­an di negara yang bergolak itu.

Pada Februari lalu, Israel menuduh tentera Iran di pangkalan T-4, tengah Syria, menghantar sebuah dron ke dalam wilayah Israel.

Selepas menyasari unit Iran di Syria untuk membalas balik, sebuah pesawat F-16 Israel ditembak jatuh oleh serangan antipesawa­t Syria dalam salah satu perkembang­an yang paling menarik dalam konflik itu.

Israel kemudian melancarka­n apa yang ia sebut sebagai serangan “berskala besar” ke atas sistem pertahanan udara Syria dan sasaran Iran, yang dilaporkan termasuk T-4.

Israel kemudian berkata dron berkenaan telah dilengkapi senjata.

“Medi\a kerajaan Syria me-laporkan serangan misil Israel terkena pangkalan tentera selain depo senjata dan sebuah kemudahan radar tentera, tanpa menyebut secara khusus tentang lokasinya. Agensi berita rasmi SANA menambah “puluhan misil ditembak jatuh oleh sistem antipesawa­t di ruang udara Syria”, dan berkata bebe-rapa misil sampai ke sasaran mereka.”

 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR gabungan daripada Agensi Berita Arab Syria (SANA) pada awal Khamis didakwa menunjukka­n apa yang agensi berita itu kata adalah sistem pertahanan udara memintas misil Israel di ruang udara Syria, tanpa menjelaska­n lokasinya.
— Gambar AFP GAMBAR gabungan daripada Agensi Berita Arab Syria (SANA) pada awal Khamis didakwa menunjukka­n apa yang agensi berita itu kata adalah sistem pertahanan udara memintas misil Israel di ruang udara Syria, tanpa menjelaska­n lokasinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia