Utusan Borneo (Sabah)

Puluhan warga Bangladesh maut disambar kilat

-

DHAKA: Puluhan warga Bangladesh maut selepas disambar kilat apabila ribut petir pra-monsun menyebabka­n huru-hara di seluruh negara Asia Selatan itu, kata seorang pegawai semalam.

Petani yang menuai padi di sawah merupakan majoriti mangsa, kata Iftekharul Islam, seorang pengarah di jabatan pengurusan bencana Bangladesh, kepada wartawan AFP.

“Dalam tempoh 24 jam terakhir, 29 sudah mati disambar kilat di 12 daerah. Hampir kesemua mereka adalah petani,” katanya.

Puluhan orang maut setiap tahun selepas disambar kilat pada musim hujan di Bangladesh, yang berlaku dari April hingga Oktober, tetapi pegawai berkata jumlah kematian luar biasa tinggi pada tahun ini.

Islam berkata lebih 112 maut disambar kilat dalam masa 10 hari pertama pada Mei ini.

“Setiap hari 10-12 maut akibat disambar kilat,” jelasnya dan menambah ia menyebabka­n ketakutan kepada petani yang menuai padi pada waktu ini.

Pihak berkuasa mengisytih­arkan kilat satu bencana alam selepas 82 maut dalam sehari pada Mei 2016.

Pemantau bebas menganggar­kan kira-kira 349 warga Bangladesh maut disebabkan oleh kilat pada tahun itu.

Pakar berkata kematian semakin meningkat kerana Bangladesh, salah sebuah negara paling miskin di dunia, menyaksika­n penebangan hutan yang semakin meningkat di kawasan luar bandar.

Petani diketahui menebang pokok untuk membuang ruang bagi menanam lebih banyak padi.

Pegawai pengurusan bencana cuba mengurangk­an bilangan kematian yang tinggi dengan menanam lima juta pokok palma untuk memberi perlindung­an yang lebih baik.

“Kami sudah menanam 3.8 juta pokok palma. Namun pokok itu mengambil masa bertahun-tahun untuk membesar,” kata Islam.

Pegawai Bangladesh berkata program penanaman pokok yang sama di Thailand telah membuahkan hasil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia