Utusan Borneo (Sabah)

Puluhan ribu berdemonst­rasi semula di Nicaragua

-

MANAGUA: Puluhan ribu penunjuk perasaan memenuhi lebuh di Nicaragua kelmarin, yang dihimpunka­n oleh pelajar yang menuntut keadilan, demokrasi dan pemergian Presiden Daniel Ortega.

Golongan muda, yang telah berhimpun dari semasa ke semasa dalam demonstras­i selama berminggu-minggu, melaung “mereka adalah pelajar, mereka bukan penjenayah” – yang merujuk kepada orang yang maut dalam rusuhan yang meletus pada 18 April.

Tunjuk perasaan meletus untuk menentang Ortega pada pertengaha­n April tetapi kekejaman pasukan keselamata­n dan tangkapan sembaranga­n, mencetuska­n kemarahan dan mendorong protes di seluruh negara Amerika Tengah itu.

Penunjuk perasaan me- laung “mereka mesti pergi” dan mengibarka­n poster yang mendakwa Ortega dan isterinya, Naib Presiden Rosario Murillo, adalah “pencuri” dan “pembunuh”.

Dewan perundanga­n Nica- ragua telah mewujudkan se- buah suruhanjay­a kebenaran untuk menyiasat kematian tersebut tetapi pelajar dan kumpulan hak asasi manusia mempertika­ikan keadilanny­a dan menuntut siasatan luar.

Rapat umum terbaharu disertai pelajar universiti, petani, pemilik perniagaan kecil dan orang lain di seluruh negara.

Siri tunjuk perasaan antiOrtega dicetuskan oleh cubaan yang sudah dibatalkan untuk memperbaha­rui sistem keselamata­n sosial yang hampir bankrap, tetapi dengan cepat berkembang untuk merangkumi siri rungutan terhadap presiden, termasuk dakwaan tentang rasuah dan penindasan.

 ?? — Gambar Reuters ?? PENUNJUK perasaan menembak mortar buatan sendiri semasa perhimpuna­n antikeraja­an di Managua, Nicaragua.
— Gambar Reuters PENUNJUK perasaan menembak mortar buatan sendiri semasa perhimpuna­n antikeraja­an di Managua, Nicaragua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia