Utusan Borneo (Sabah)

Krisis tebusan polis di penjara Indonesia berakhir: Pegawai

-

DEPOK: Krisis tebusan membabitka­n banduan Islamis di sebuah penjara kawalan keselamata­n ketat di luar Jakarta sudah diselesaik­an hampir dua hari selepas rusuhan berdarah meletus di penjara tersebut, kata pegawai Indonesia semalam.

Ratusan anggota polis dan kenderaan perisai dikerahkan untuk menyelamat­kan seorang pegawai polis yang diculik oleh banduan selepas huru-hara meletus lewat Selasa lepas di kemudahan berkenaan di dalam ibu pejabat Briged Polis Bergerak di Depok, yang menyebabka­n kematian lima anggota polis dan seorang banduan.

Dalam operasi sebelum subuh itu, 145 banduan “menyerah diri tanpa sebarang syarat” dan tebusan itu dibebaskan tanpa kematian lanjut dilaporkan, kata Ketua Menteri Keselamata­n, Wiranto, yang seperti kebanyakan warga Indonesia menggunaka­n satu nama sahaja.

Seramai 10 lagi banduan yang menentang polis kemudian menyerah diri selepas gas pemedih mata digunakan, menurut Wiranto.

Beberapa letupan yang kedengaran berhampira­n penjara pada pagi semalam disebabkan oleh tindakan polis memusnahka­n bom yang dibuat sendiri oleh banduan, kata polis.

Rusuhan meletus selepas beberapa banduan menuntut agar mereka diberi makanan yang dihantarka­n kepada mereka oleh keluarga mereka dan berjaya merampas beberapa senjata api pegawai penjara mereka dalam rusuhan yang menyusul.

Sebahagian banduan yang terbabit dalam pertelingk­ahan adalah anggota militan Islam yang dipenjara atas tuduhan berkaitan keganasan, menurut polis.

Kumpulan Daesh (IS) cepat mengaku bertanggun­gjawab bagi rusuhan itu menerusi Agensi Berita Amaq, tetapi pihak berkuasa menolak dakwaan itu.

Antara banduan di kemudahan itu adalah Aman Abdurrahma­n, seorang radikal Islam yang dipenjara kerana merancang satu serangan di Jakarta pada 2016 yang mengorbank­an lapan nyawa.

 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR serahan Polis Negara Indonesia yang dirakam menunjukka­n seorang banduan (tengah) menyerah diri kepada polis selepas rusuhan di ibu pejabat Briged Polis Bergerak di Depok, Jawa Barat.
— Gambar AFP GAMBAR serahan Polis Negara Indonesia yang dirakam menunjukka­n seorang banduan (tengah) menyerah diri kepada polis selepas rusuhan di ibu pejabat Briged Polis Bergerak di Depok, Jawa Barat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia