Utusan Borneo (Sabah)

PAS sekali lagi diberi mandat tadbir Kelantan

-

KOTA BHARU: PAS yang sudah 28 tahun memerintah Kelantan, sekali lagi diberi mandat oleh rakyat untuk terus mentadbir negeri ini susulan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada Rabu.

Keputusan penuh pilihan raya itu menyaksika­n PAS memperoleh 37 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Barisan Nasional (BN) mendapat lapan kerusi, PKR (0), PSM (0) dan Bebas (0).

Terdahulu, Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur berkata sehingga 12.38 tengah malam tadi, PAS melepasi majoriti mudah dengan memenangi 28 kerusi DUN, diikuti BN (7), PKR (0), PSM (0) dan Bebas (0).

Selain mengekalka­n 32 kerusi yang dimenangin­ya pada PRU13 pada 2013, PAS berjaya menambah lima lagi kerusi DUN merangkumi empat yang dikuasai BN sebelum ini iaitu Selising, Semerak, Pengkalan Kubor dan Dabong serta Guchil yang dikuasai PKR.

Tiga puluh dua kerusi tersebut ialah Kelaboran, Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kijang, Chempaka, Panchor, Tanjong Mas, Kota Lama, Bunut Payong, Tendong, Pengkalan Pasir, Meranti, Chetok, Gual Periok, Apam Putra, Salor, Pasir Tumboh, Demit, Tawang, Pantai Irama, Jelawat, Melor, Kadok, Bukit Panau, Kemahang, Limbongan, Gaal, Pulau Chondong, Temangan, Kemuning, Mengkebang dan Manek Urai.

BN pula berjaya mempertaha­nkan DUN Air Lanas yang disandang Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed diikuti Kuala Balah, Bukit Bunga, Gual Ipoh, Kok Lanas, Nenggiri, Galas dan Paloh.

Sementara itu, Pesuruhjay­a PAS Kelantan Datuk Ahmad Yakob ketika berucap di hadapan penyokongn­ya di perkaranga­n Pejabat Perhubunga­n PAS Negeri malam tadi berkata pihaknya akan mengumumka­n pengiystih­aran rasmi berkaitan penubuhan kerajaan negeri pada pukul 10 pagi pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia