Utusan Borneo (Sabah)

Sharapova tumpaskan ‘pengkritik­nya’

-

MADRID, Sepanyol: Maria Sharapova melangkah ke peringkat suku akhir Terbuka Madrid dengan kemenangan 6-3 dan 6-4 ke atas pemain dari Perancis, Kristina Mladenovic, salah seorang pengkritik lantang beliau.

Sharapova, bekas pemain nombor satu dunia dari Rusia, melakukan 30 pukulan kemenangan dan sembilan pukulan servis kencang untuk mencipta kemenangan dan menempah pertemuan menentang Kiki Bertens dari Belanda, yang mengejutka­n pemain ranking kedua dunia, Caroline Wozniacki 6-2 dan 6-2.

Mladenovic, pemain ranking ke-22 dunia, adalah naib juara di sini tahun lepas tetapi beliau gagal mencari rentak ketika menentang Sharapova.

Kemenangan adalah sangat manis buat Sharapova, yang tewas kepada Mladenovic di peringkat separuh akhir di Stuttgart tahun lepas pada perlawanan pertama S harap o vas e lepas menjalani penggantun­gan 15 bulan kerana kesalahan dadah.

Mladenovic mengkritik Sharapova kerana menggunaka­n bahan larangan selain turut mengkritik tingkah laku beliau di luar gelanggang dengan menggambar­kan beliau sebagai “biadap”.

“Saya tidak tahu jika apa yang beliau katakan sebelum ini atau apa yang saya katakan adalah penting,” kata Sharapova, yang muncul juara di sini pada 2014.

“Apa yang penting ialah di pusingan seterusnya. Ia adalah aspek lebih penting bagi saya, melangkah ke pusingan seterusnya, melangkah ke suku akhir.”

Bertens mengejutka­n Wozniacki 6-2 dan 6-2 sementara pilihan pertama yang juga pemain nombor satu dunia, Simona Halep, mengekalka­n impian memburu kejuaraan ketiga berturut-turut di sini apabila menewaskan Kristyna Pliskova 6-1 dan 6-4.

Halep akan menentang kembar Pliskova, Karolina untuk satu tempat ke separuh akhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia