Utusan Borneo (Sabah)

Nadal percaya Djokovic akan temui kembali prestasi terbaiknya

-

MADRID, Sepanyol: Rafael Nadal berasa pasti Novak Djokovic akan kembali ke permainan terbaik beliau walaupun jaguh dari Sepanyol itu tewas kepada Kyle Edmund dari Britain di Terbuka Madrid Rabu lepas.

Nadal memulakan kempen mempertaha­nkan kejuaraan dengan bergaya apabila menewaskan Gael Monfils dari Perancis 6-3 dan 6-1 tetapi Djokovic tewas 6-3, 2-6 dan 6-3 kepada pemain ranking ke-22 dunia.

Edmund belum pernah menang satu set pun dari tiga pertemuan menentang Djokovic sebelum ini tetapi dengan Djokovic masih belum cergas sepenuhnya selepas pembedahan siku, Edmund mengambil sepenuh kesempatan.

“Saya amat percaya dengan dinamik dan rentak permainan,” kata Nadal.

“Perkara kecil berlaku ketika anda berada pada rentak yang baik, perkara itu tidak berlaku. Apabila anda tidak mempunyai rentak, anda dalam situasi negatif dan ia adalah lumrah.

“Saya fikir Novak, sedikit demi sedikit, akan cergas sepenuhnya dan berada di tahap sebenar beliau. Saya tidak mempunyai keraguan beliau akan kembali di tahap tertinggi.”

Djokovic menang selesa pada set kedua untuk mengikat kedudukan tetapi mensiasiak­an banyak peluang pada set penentuan.

“Kyle bermain lebih baik pada mata penting dan saya fikir saya tidak bertuah hari ini,” kata Djokovic. “Beliau sememangny­a beraksi di tahap terbaik dalam kehidupann­ya.”

David Goffin, yang menewaskan Edmund di permukaan tanah liat di final kejohanan Piala Davis ketika Britain muncul juara, menanti Edmund di pusingan 16 akhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia