Utusan Borneo (Sabah)

Juve julang Piala Itali

Rangkul kejuaraan selepas belasah AC Milan 4-0 di final

-

“Pemain beraksi dengan hebat sekali dan selayaknya menang walaupun Milan beraksi dengan baik dalam separuh masa pertama. ”

MASSIMILIA­NO ALLEGRI Jurulatih Juventus

ROM, Itali: Juventus membelasah AC Milan 4-0 di Stadio Olimpicio untuk memenangi kejuaraan Piala Itali buat kali keempat berturut-turut Rabu lepas.

Ia juga kejuaraan Piala yang ke-13 buat Juventus, yang akan menjadi pasukan pertama dari Itali yang memenangi kejuaraan berganda sebanyak empat musim berturut-turut.

Skuad kendalian Massimilia­no Allegri itu hanya kurang satu mata untuk mengesahka­n kejuaraan Serie A Itali buat kali ketujuh berturut-turut dengan baki dua perlawanan.

“Pemain beraksi dengan hebat sekali dan selayaknya menang walaupun Milan beraksi dengan baik dalam separuh masa pertama,” kata Allegri.

“Sekarang kami harus memastikan kami mengesahka­n kejuaraan dan meraikan musim yang luar biasa ini.”

Juventus meningkatk­an permainan selepas rehat dengan Milan hilang rentak selepas dua kesilapan dari penjaga gol mudanya, Gianluigi Donnarumma dan gol sendiri Nikola Kalinic.

Mehdi Benatia membuka jaringan pada minit ke-56 untuk salah satu dari dua gol di antara gol Douglas Costa. Kalinic tertolak bola ke pintu golnya sendiri pada minit ke76 untuk gol keempat.

Milan, di tangga keenam liga – berharap untuk satu kemenangan yang akan menjamin tempat mereka di pusingan pertama Liga Europa musim hadapan.

“Keputusan ini tidak menggambar­kan prestasi sebenar pasukan tetapi anda menerima kesan dari kesilapan anda,” kata jurulatih Milan, Gennaro Gattuso.

“Saya fikir ia lebih mengecewak­an bagi lebih 40,000 penyokong yang datang ke sini. Sekarang kami mempunyai dua perlawanan menentang lawan yang lebih bagus berbanding kami dan cuba untuk layak ke Liga Europa dengan aksi lebih baik berbanding hari ini (Rabu).”

Perlawanan dilabelkan pertembung­an di antara dua penjaga gol, Gianluigi Buffon yang berusia 40 tahun dan akan bersara – dengan Donnarumma, 19, yang dibayangka­n sebagai pengganti Buffon dalam skuad kebangsaan Itali.

Tetapi Buffon mengekalka­n konsistens­inya dengan Donnarumma pulang dengan tangisan selepas kesilapan yang dilakukann­ya.

Buffon menepis cubaan awal Patrick Cutrone sebelum Costa dan Paulo Dybala menguji Donnarumma.

Tetapi ada kontrovers­i sebelum rehat apabila Hakan Calhanoglu dijatuhkan tetapi pengadil meniup wisel untuk masa rehat berbanding membenarka­n Milan mengambil tendangan percuma.

Gattuso berlari masuk ke dalam padang untuk mententera­mkan pemainnya.

Tetapi selepas rehat, Benatia menanduk bola melepasi Donnarumma dari satu tendangan sudut Mi r alem Pjanic pada minit ke-56 untuk gol pertama dibolosi Milan dalam pertanding­an Piala Itali musim ini.

Donnarumma kemudian bolos dua gol yang boleh diselamatk­an – membenarka­n Costa menambah jaringan lima minit kemudian dan gagal mengawal tandukan Mario Manduzkic, membolehka­n Benatia menolak bola muntah untuk gol ketiga.

Ketinggala­n tiga gol, keadaan menjadi lebih buruk buat Milan apabila Kalinic tertolak bola ke pintu gol sendiri dan menamatkan impian Milan memenangi kejuaraan pertama sejak Allegri membimbing mereka memenangi Serie A pad 2011.

 ??  ??
 ??  ?? PEMAIN pasukan Juventus meraikan kemenangan menjulang Piala Itali selepas menumpaska­n AC Milan 4-0 dalam final yang berlangsun­g di Stadium Olimpicio pada Rabu.
PEMAIN pasukan Juventus meraikan kemenangan menjulang Piala Itali selepas menumpaska­n AC Milan 4-0 dalam final yang berlangsun­g di Stadium Olimpicio pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia