Utusan Borneo (Sabah)

Sabah intai permulaan menang

Pusingan kedua saingan Liga Premier berdepan JDT II

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Sabah intai permulaan baik apabila memulakan pusingan kedua menentang Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pada saingan Liga Premier di Stadium Pasir Gudang Johor, malam ini.

“Kalau tidak menang pun sekurang-kurangnya dapat bawa balik satu mata. Bagaimanap­un fokus kami adalah untuk dapatkan mata penuh.

“Kami telah buat persediaan dan akan cuba yang terbaik. Saya fikir perlawanan ini tiada kena mengena dengan kedudukan kedua-dua pasukan. Kami perlu berada di tahap terbaik walaupun JDT II di tangga tercorot kerana pertemuan mereka pada pusingan pertama membuktika­n bahawa JDT II bukan pasukan lawan yang mudah,” kata ketua jurulatih, Jelius Ating ketika dihubungi pada Khamis.

Menurutnya, kedua-dua pasukan saling mengetahui kerana baru bertembung pada perlawanan terakhir pusingan pertama di Stadium pada 1 Mei lalu di mana ianya berkesudah­an seri 1-1.

“Pasukan tidak berada ditahap terbaik mereka pada tiga perlawanan terakhir pusingan pertama. Bagaimanap­un ada peningkata­n dalam setiap perlawanan. Saya harap pasukan kembali dengan prestasi sebenar esok (hari ini).

“Setakat ini semua pemain sedia diturunkan tetapi saya hanya akan putuskan senarai akhir selepas latihan petang ini (kelmarin),” katanya.

Menurutnya, kedudukan dua pemain import dari Korea, Heo Jaenyong dan Lee Gil Hoon juga akan ditentukan selepas latihan.

Beliau berharap fokus kedua-dua pemain itu tidak tergganggu oleh kedudukan kontrak mereka dengan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) yang tamat bulan ini dan dikatakan sedang dipertimba­ngkan sama untuk dilanjutka­n atau tidak.

“Kesebelasa­n hanya untuk pemain yang benar-benar bersedia. Sebab itu saya mahu lihat keadaan pemain semasa latihan petang ini (kelmarin) sebelum memutuskan kesebelasa­n utama,” katanya.

Sabah menematkan 10 perlawanan pusingan pertama di tangga keempat dengan 14 mata dengan rekod tiga menang, lima seri dan dua kalah.

JDT II pula ditangga

“Kami telah buat persediaan dan akan cuba yang terbaik. Saya fikir perlawanan ini tiada kena mengena dengan kedudukan kedua-dua pasukan. Kami perlu berada di tahap terbaik walaupun JDT II di tangga tercorot kerana pertemuan mereka pada pusingan pertama membuktika­n bahawa JDT II bukan pasukan lawan yang mudah. ”

JELIUS ATING Ketua jurulatih

tercorot dengan tujuh mata (satu menang, empat seri dan lima kalah).

Tiga pasukan teratas carta membabitka­n 11 pasukan itu didahului Felda United FC dengan 26 mata, Felcra FC (18 mata) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM - 15 mata).

 ??  ??
 ??  ?? HEO (kiri) dan Lee dalam perhatian sama ada akan tersenarai atau tidak dalam kesebelasa­n utama hari ini.
HEO (kiri) dan Lee dalam perhatian sama ada akan tersenarai atau tidak dalam kesebelasa­n utama hari ini.
 ??  ?? PASUKAN Sabah sedang menjalani latihan ringan di Johor pada Khamis.
PASUKAN Sabah sedang menjalani latihan ringan di Johor pada Khamis.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia