Utusan Borneo (Sabah)

Sabah sasar empat emas Olahraga Terbuka Malaysia

- - Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Skuad olahraga Sabah yang diketuai pemenang pingat emas 110m lari berpagar Sukan SEA, Rayzam Shah Wan Sofian sasar empat pingat emas pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Rayzam adalah antara lapan atlet senior di samping 36 atlet junior dalam skuad Sabah ke kejohanan yang akan berlangsun­g pada 11-13 Mei itu.

“Sasaran pingat emas itu adalah menerusi atlet senior dan junior...kami akan cuba yang terbaik,” kata setiausaha Persatuan Olahraga Sabah, Francis Shim pada Khamis.

Shim berkata, kejohanan itu juga akan dijadikan medan bagi atlet junior mendapatka­n tempat dalam skuad Sukan Malaysia (SUKMA) Sabah ke SUKMA 2018 Perak September depan.

“Kebanyakan atlet junior itu dalam senarai program SUKMA Sabah. Prestasi mereka akan dipantau pada kejohanan Terbuka Malaysia ini.

“Mereka yang menunjukka­n prestasi baik akan dipertimba­ngkan untuk diserapkan dalam skuad SUKMA Sabah ke Perak,” katanya.

Atlet senior lain dalam skuad itu adalah Anchois Aron, Mohd Firdaus Kimleh, Arthur Aron, Jonathan Larus, Cyryl Colins Sukim, Azwan Bunjingdan atlet wanita Danah Jaidih.

Atlet junior pula terdiri daripada 22 lelaki dan 14 wanita.

Atlet lelaki terdiri daripada Mohd Shafiee Mukamad, Raymond Yew, Beckham Buing, Maxwell Ak Sumuk, Mirach Han, Darren Richard, Agustinus Petrus, Ian Benedict Gawok, Muhammad Eizlan Dahalan, Desmond Wong, Azhad Kathidin Masile, Mohd Din Norbik, Mohd Azmir Abdul Rahman, Repson Tirip, Alvin Rolland, Muhd Sunic Muslimin, Farell Glen Felix Jurus, Mohd Nur Musyaraaf, Maslan Mosrin, Mohd Arif Farhan, Andre Anura dan Mohd Alif Mohd Razi.

Atlet wanita pula terdiri daripada Nur Aishah Rofina Aling, Ezla Joanes, Olivia Da Onidian Jainis, Aurelia Ethel, Halimatul Saadiah, Aveyenda Aron, Ikma Syaffiera Duris, Nobeneca Pinalus, Liz Steffanie Mawos, Mazlien Marni Parais, Michelle Cornelius Mosiri, Sharifa Aishah Mohamad, Camelia Jasten dan Hiew Yin Yin.

 ??  ?? GAMBAR fail, Rayzam bersama jurulatihn­ya dari Jerman, Jan May semasa persiapan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur tahun lalu. Rayzam akan mengetuai skuad olahrga Sabah ke Terbuka Malaysia di Kuala Lumpur,11-13 Mei.
GAMBAR fail, Rayzam bersama jurulatihn­ya dari Jerman, Jan May semasa persiapan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur tahun lalu. Rayzam akan mengetuai skuad olahrga Sabah ke Terbuka Malaysia di Kuala Lumpur,11-13 Mei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia