Utusan Borneo (Sabah)

Tiada yang setara untuk ganti Zulfahmi

-

KUALA LUMPUR: Penunggang Moto G P pertama Malaysia Hafiz h Syahrin Abdullah berpandang­an belum ada pelumba yang dapat menggantik­an Zulfahmi Khairuddin dalam kejuaraan dunia Moto2.

Hafizh yang pernah menyertai Moto2 selama empat musim (2014/2017) termasuk menerusi enam penampilan wildcard, bagaimanap­un menyokong keputusan Zulfahmi untuk berundur daripada kejuaraan Moto2.

“Zulfahmi penunggang yang bagus. Beliau penunggang Malaysia pertama yang pernah menaiki podium pada kejohanan dunia semasa dalam kelas Moto3. Ketika berlumba dalam Kejohanan Dunia Supersport, beliau juga berjaya meraih podium.

“Saya tidak nampak ada penunggang lain yang setara untuk menggantik­an beliau. Mungkin Azlan Shah Kamaruzama­n. Beliau ada pengalaman dalam kejohanan dunia Moto2 namun kontrak semasanya mungkin jadi penghalang besar,” kata Hafizh dalam kenyataan yang dikeluarka­n oleh Sepang Internatio­nal Circuit (SIC) pada Khamis.

Zulfahmi meninggalk­an SIC Racing Team dan MotoGP menerusi satu persetujua­n bersama yang berkuat kuasa dua hari lepas, pada 8 Mei.

Selepas empat perlumbaan untuk musim 2018, bekas pelumba Moto3 dan Kejohanan Supersport Dunia itu membuat keputusan dan disokong oleh pasukan untuk tidak meneruskan pembabitan dalam kejohanan Moto2.

“Jujurnya ia bukan suatu yang mudah untuk dilakukan. Ini bukan seperti anda hidupkan enjin dan terus menang. Semua motosikal Moto2 guna enjin yang sama namun disebabkan kita menunggang menggunaka­n casis berbeza, kemahiran penunggang memainkan peranan,” kata penunggang Monster Yamaha Tech3 itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia