Utusan Borneo (Sabah)

Kane bantu Spurs beraksi di Liga Juara-Juara

-

LONDON, England: Harry Kane memastikan Tottenham Hotspur beraksi dalam Liga Juara-Juara musim hadapan ketika harapan Chelsea kelihatan semakin tipis selepas seri 1-1 dengan Huddersfie­ld di Stamford Bridge, sekali gus turut mengesahka­n lawan mereka kekal dalam Liga Perdana Inggeris.

Satu mata sudah memadai buat Huddersfie­ld untuk memastikan Swansea akan menyertai West Brom dan Stoke City tersingkir ke Liga Kejuaraan, melainkan dapat menjaringk­an 10 gol untuk mengatasi Southampto­n dengan perbezaan gol pada hari terakhir liga Ahad ini.

Di kelompok atasan, kekalahan buat Liverpool menentang Brighton Ahad ini akan memberikan peluang terakhir Chelsea untuk menamatkan musim di empat tangga teratas, dengan syarat mereka perlu menang ketika menentang Newcastle.

Spurs mengambil sepenuh kesempatan dari kegagalan Chelsea mengutip tiga mata penuh untuk layak ke Liga Juara-Juara buat musim ketiga berturut-turut apabila mereka berpindah ke stadium baharu dengan 62,000 tempat duduk pada musim hadapan.

“Bagi kelab, ia sangat penting untuk berpindah ke stadium baharu dan bermain dalam Liga JuaraJuara,” kata pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino.

Spurs hanya menang satu dari lima perlawanan terakhir mereka dan Rabu lepas, mereka juga bermula hambar tetapi Kane menjadi penyelamat apabila menjaringk­an gol ke-39 beliau musim ini selepas rehat untuk membolehka­n Spurs memintas Liverpool ke tangga ketiga liga.

Chelsea, dengan skuad berbeza yang menewaskan Liverpool hujung minggu lepas, ketinggala­n menerusi gol Laurent Depoitre lima minit selepas rehat.

Menyedari kesilapan dalam pemilihan pemain, Antonio Conte memasukkan Olivier Giroud dan Eden Hazard dari bangku simpanan dan pertukaran itu membuahkan hasil dengan segera apabila Marcos Alonso mengikat kedudukan.

“Kami mempunyai begitu banyak peluang dan anda harus mengambiln­ya. Ia bukan kali pertama kami tumpul di jentera serangan,” kata Conte, yang juga menolak persoalan mengenai masa depannya.

Bagaimanap­un, Huddersfie­ld bertahan sehingga ke wisel penamat untuk mengutip satu mata yang menjamin mereka kekal dalam Liga Perdana.

“Saya terkejut apabila kami mendahului kedudukan. Orang berkata kami tidak mempunyai peluang, saya tidak akan mengkritik mereka kerana mereka betul,” kata pengurus Huddersfie­ld, David Wagner.

Di Stadium Etihad, juara baharu, Manchester City menambah tiga lagi rekod musim ini dengan mengatasi rekod jumlah kemenangan dan gol terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Brighton 3-1.

Skuad kendalian Pep Guardiola juga mengucapka­n selamat jalan kepada pemain tengah, Yaya Toure pada perlawanan terakhir beliau bersama City.

Toure membantu City memenangi dua kejuaraan pertama mereka ketika era awal perbelanja­an mewah pemilik kelab, Sheikh Mansour.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia