Utusan Borneo (Sabah)

Mourinho mahu Pogba kekal di United

-

MANCHESTER, England: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho berkata beliau mahu Paul Pogba terus kekal di kelab ketika laporan baharu mengaitkan pemain tengah itu dengan perpindaha­n keluar dari Old Trafford, kali ini ke kelab juara Ligue 1 Perancis, Paris Saint Germain (PSG).

Pogba, 25, mengharung­i musim sukar di Old Trafford, dengan Mourinho tidak menyenarai­kan beliau dalam kesebelasa­n utama perlawanan ketika United tewas di pusingan kedua Liga Juara-Juara kepada Sevilla.

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata bulan lepas di mana Pogba pernah ditawarkan ke City oleh ejen pemain, Mino Raiola pada bulan Januari dan ia dilaporkan dalam beberapa hari di mana PSG juga ditanya jika mereka mahukan pemain tengah itu.

Mourinho berkata minggu lepas di mana “tiada peluang” penjaga gol United, David de Gea, yang dipilih sebagai pemain terbaik kelab, meninggalk­an kelab selepas dikaitkan dengan perpindaha­n ke Real Madrid.

Namun beliau lebih mahu bercakap tentang Pogba dan mahu pemain tengah itu terus kekal. “Saya fikir beliau akan berada di sini musim hadapan,” kata Mourinho pada sidang media menjelang perlawanan lewat Liga Perdana di West Ham United. “Ia perasaan saya.”

Pogba menyertai akademi United dari Le Havre pad 2009 dan kemudian berpindah ke Juventus pada 2012 selepas gagal mendapat peluang dalam skuad senior di Old Trafford.

Beliau kembali ke United untuk rekod perpindaha­n kelab bernilai 89 juta pound pada 2016 dan membantu United memenangi Piala Liga dan Liga Europa pada musim pertama beliau tetapi sering mengalami kecederaan musim ini dan juga dilaporkan tidak sehaluan dengan Mourinho.

Mourinho, ditanya untuk memberi jaminan Pogba tidak akan pergi, menjelaska­n di mana beliau mahu pemain itu terus kekal tetapi berhati-hati mengulas lanjut.

“Saya boleh memberi jaminan di mana saya tidak mahu beliau pergi, dan kelab tidak mahu menjualnya dan saya boleh menjamin bahawa kami tidak mempunyai sebarang tawaran untuk beliau atau dari ejen mana-mana kelab lain,” kata beliau. “Bagi saya, ketika ini beliau terus kekal.”

 ??  ?? PAUL POGBA
PAUL POGBA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia