Utusan Borneo (Sabah)

Barca hampiri penamat tanpa kalah

-

BARCELONA, Sepanyol: Ousmane Dembele menjaringk­an dua gol ketika Barcelona membelasah Villarreal 5-1 Rabu lepas dan menghampir­i sasaran menjadi kelab pertama yang tidak kalah dalam satu musim La Liga Sepanyol.

Real Madrid mengalami kekalahan liga yang kedua mereka sejak bulan Februari selepas skuad lemah mereka tewas 2-3 di Sevilla.

Lionel Messi membuka jaringan daripada umpanan Andres Iniesta untuk gol ketiga Barca pada masa rehat selepas Philippe Coutinho dan Paulinho menjaringk­an gol pada 16 minit pertama.

Separuh masa kedua bagaimanap­un milik Dembele, yang melengkapk­an aksi cemerlang dengan dua gol selepas turut mengumpan gol kepada Coutinho di separuh masa pertama.

Gol saguhati Villarreal dijaringka­n Pablo Fornals tetapi sebarang kebimbanga­n skuad Ernesto Valverde hilang rentak selepas perlawanan El Clasico Ahad lepas bagaimanap­un tidak muncul.

Pendahulu liga itu kini menjarakka­n kedudukan dengan 15 mata berbanding pencabar terdekat, Atletico Madrid sementara Villarreal kekal di tangga keenam.

Villarreal kini hanya tiga mata di hadapan Sevilla, yang kembali ke slot kelayakan ke Liga Europa selepas menewaskan Real Madrid.

Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane berkata beliau mahu mengekalka­n rentak menjelang final Liga Juara-Juara menentang Liverpool pada 26 Mei tetapi Marcelo, Luka Modric dan Cristiano Ronaldo adalah antara mereka yang langsung tidak berada dalam skuad perlawanan.

Sevilla mengambil sepenuh kesempatan ketika Wissam Ben Yedder, Miguel Layun dan gol sendiri Sergio Ramos meletakkan mereka 3-0 di hadapan sebelum pemain gantian, Borja Mayoral dan tendangan penalti lewat R am o s menjadi gol saguhati.

Barca seri dengan Real hujung minggu lepas walaupun bermain dengan 10 pemain hampir dalam separuh masa kedua dan sekarang mereka perlu mengelak kekalahan di Levante dan menentang Real Sociedad di tempat sendiri untuk melengkapk­an musim tanpa kalah.

Ia pasti kali pertama sebuah pasukan menamatkan 38 perlawanan La Liga Sepanyol tanpa kalah dan yang pertama dalam mana-mana format liga sejak R e al mengelak kekalahan dalam satu divisyen hanya 10 pasukan pada 1932.

“Pada akhirnya, kami menjaringk­an dua gol cantik, kami berasa gembira dengan perlawanan ini dan kami akan terus melangkah,” kata Valverde.

Selepas muncul juara Copa de Rey, Barca tidak menerima sambutan juara di Real tetapi Villarreal memberikan mereka sambutan juara sebelum sepak mula perlawanan.

Valverde tidak menyenarai­kan beberapa pemain utama, dengan MarcAndre ter Stegen, Luis Suarez, Jordi Alba dan Ivan Rakitic tidak disenaraik­an dalam kesebelasa­n utama.

Messi bagaimanap­un dimasukkan walaupun desakan untuk kapten antarabang­sa Argentina itu direhatkan menjelang Piala Dunia 2018 di Rusia.

 ??  ?? DEMBELE (tengah) meraikan gol jaringanny­a bersama Messi dan Suarez.
DEMBELE (tengah) meraikan gol jaringanny­a bersama Messi dan Suarez.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia