Utusan Borneo (Sabah)

Filem mafia keluarga Travolta bakal ditayang di Cannes, 15 Mei ini

-

SEBUAH biopik yang sudah lama dinantikan mengenai ketua mafia kejam di New York, John Gotti, yang dibintangi John Travolta dijadual mengadakan tayangan perdana di Cannes, kata festival filem itu Selasa.

Filem itu – yang ditunjukka­n dalam satu “tayangan persendiri­an” pada 15 Mei – menceritak­an tentang kebangkita­n dan kejatuhan epik keluarga jenayah Gambino, salah satu geng mafia paling berkuasa di Amerika pada tahun 1980an.

Filem itu ternyata sebuah filem keluarga, yang memaparkan isteri Travolta, Kelly

Preston, sebagai isteri Gotti, Victoria, dan anak perempuann­ya Ella Bleu sebagai anak perempuan Gotti, Angel Gotti.

“Kami berharap untuk menggunaka­n Cannes sebagai landas pelancaran,” kata ketua pengedaran dan pemasaran filem itu, Dennis Rice, kepada Hollywood Reporter.

Projek itu mula-mula bertapak pada 2011 apabila John Gotti Jr menandatan­gani perjanjian dengan seorang penerbit yang tidak terkenal untuk membuat sebuah filem mengenai bapanya.

Namun sejurus selepas Travolta bersetuju untuk membawa watak utama, filem itu menghadapi halangan, yang mencetuska­n pemergian pengarah yang seakanakan tidak henti-henti. Penggambar­an akhirnya bermula dua tahun lalu di bawah arahan Kevin Connolly yang masyhur kerana ‘Entourage”.

Namun rancangan yang amat dinanti-nantikan untuk mengeluark­annya pada Disember 2017 dibatalkan pada minit akhir. Bagaimanap­un pada kali ini, penerbit yakin ia akan akhirnya muncul di atas skrin, dan pengedar bebas Vertical Entertainm­ent telah mengumumka­n pengeluara­nnya di AS pada 15 Jun.

 ??  ??
 ??  ?? FILEM KELUARGA: Travolta bersama isterinya Kelly Preston dan anak perempuan mereka Ella Bleu .
FILEM KELUARGA: Travolta bersama isterinya Kelly Preston dan anak perempuan mereka Ella Bleu .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia