Utusan Borneo (Sabah)

Azmin kekal terajui Selangor sebagai Menteri Besar

Sultan Selangor perkenan pelantikan sebagai Menteri Besar

-

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah memberi perkenan untuk melantik Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata istiadat pelantikan dan angkat sumpah menteri besar Selangor akan diadakan di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang, pukul 3 petang Khamis.

“Sultan Selangor juga berkenan supaya pentadbira­n kerajaan negeri Selangor dibentuk secepat mungkin selepas mendapat mandat daripada rakyat demi memastikan kelancaran pentadbira­n kerajaan negeri dan keharmonia­n serta kesejahter­aan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mohamad Munir berkata Mohamed Azmin telah menghadap Sultan Sharafuddi­n pada pukul 12 tengahhari­untuk menyembah maklum kepada baginda mengenai keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi Selangor dan situasi semasa dalam pimpinan Pakatan Harapan.

Menurutnya, Mohamed Azmin juga telah menyembah maklum kepada baginda bahawa beliau telah mendapat sokongan daripada anggotaang­gota Dewan Negeri Selangor bagi parti Pakatan Harapan untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

Mohamed Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR, mengangkat sumpah pertama kali sebagai menteri besar pada 23 Sept 2014.

Pada PRU14, Mohamed Azmin berjaya mempertaha­nkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabang­sa dengan majoriti 25,512 undi dan kerusi Parlimen Gombak dengan majoriti 48,721 undi.

Pada pilihan raya umum itu, Pakatan Harapan kekal memerintah Selangor apabila mendapat majoriti dua pertiga dengan memenangi 51 daripada 56 kerusi DUN.

Sementara itu, BN kehilangan lapan daripada 12

“Sultan Selangor juga berkenan supaya pentadbira­n kerajaan negeri Selangor dibentuk secepat mungkin selepas mendapat mandat daripada rakyat demi memastikan kelancaran pentadbira­n kerajaan negeri dan keharmonia­n serta kesejahter­aan rakyat. “

DATUK MOHAMAD MUNIR BANI Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor

kerusi DUN yang dimenangi pada PRU13 dan Pas hanya mampu memenangi satu berbanding 12 kerusi DUN yang dimenangi sebelum ini.-

 ?? - GambarBERN­AMA ?? PENGERUSI Pakatan Harapan Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sejurus keluar selepas menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah bagi memohon perkenan membentuk kerajaan negeri di Istana Bukit Kayangan, pada Rabu.
- GambarBERN­AMA PENGERUSI Pakatan Harapan Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sejurus keluar selepas menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah bagi memohon perkenan membentuk kerajaan negeri di Istana Bukit Kayangan, pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia