Utusan Borneo (Sabah)

PRU14: BN Kedah hormati keputusan rakyat

-

ALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) Kedah menghormat­i keputusan rakyat negeri ini yang menolak parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Rabu.

Pengerusin­ya Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pihaknya tanpa berbelah bahagi sentiasa menjunjung sistem demokrasi dan perlembaga­an negara seperti yang telah diputuskan dalam pilihan raya umum itu.

“Bagi kami, sistem demokrasi dan perlembaga­an negara ini perlu terus dijunjung bagi memastikan keharmonia­n dan kemakmuran tanah air terus terjaga,” katanya dalam kenyataan kepada media pada Khamis.

Ahmad Bashah yang juga bekas Menteri Besar Kedah berkata BN dalam tempoh sepenggal memerintah selepas mengambil alih daripada Pas pada PRU13 lalu telah menjalanka­n amanah dengan sepenuh hati bagi memastikan kebajikan rakyat, kemajuan negeri dan kesejahter­aan negeri dipelihara.

“Semoga negeri Kedah dan Malaysia tercinta terus maju serta terpelihar­a kedaulatan­nya,” kata beliau.

Pada PRU14, Pakatan Harapan yang diketuai bekas Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir telah menguasai 18 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ini.

Barisan Nasional (BN) pula hanya memenangi tiga kerusi dengan Pas memperoleh 15 kerusi.

Pembentuka­n kerajaan negeri yang baharu bagaimanap­un masih belum dapat dilaksanak­an berikutan majoriti mudah bagi negeri Kedah adalah 19 kerusi DUN.

Ahmad Bashah gagal mempertaha­nkan kerusi Suka Menanti yang diwakiliny­a selama enam penggal apabila hanya memperoleh 7,050 undi dalam pertembung­an tiga penjuru.

Beliau tewas kepada Zamri Yusuf (PKR) dengan majoriti 6,251 undi selepas mendapat 13,301 undi.

Zamri turut mengalahka­n calon Pas Mohd Sabri Omar yang memperoleh 4,580 undi.

 ??  ?? AHMAD BASHAH
AHMAD BASHAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia