Utusan Borneo (Sabah)

Sokongan pengundi muda, pengundi luar faktor Pas kekal di Kelantan

-

KOTA BHARU: Sokongan pengundi muda serta kesedaran tinggi di kalangan pengundi luar merupakan antara faktor kemenangan besar Pas di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Rabu.

Pesuruhjay­a Pas Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata pihaknya mengekalka­n penguasaan­nya di negeri ini selepas menang 37 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Saya ucapkan setinggi penghargaa­n kepada rakyat Kelantan yang telah memilih Pas, kami sekali lagi diberi amanah untuk mentadbir dengan dasar membangun bersama Islam.

“Terima kasih kepada anak Kelantan di perantauan yang balik memberi undi kepada Pas serta semua jentera yang telah bekerja keras,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Perhubunga­n Pas Negeri di sini pada Khamis.

Terdahulu, Ahmad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan di Istana Kota Lama di sini bagi penggal kedua setelah Pas terus diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini dalam PRU14.

Beliau berkata pihaknya sedang menunggu tarikh terbaik daripada Pemangku Raja Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra bagi melantik Timbalan Menteri Besar serta anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Dalam pada itu, Ahmad berkata pihaknya telah menjangkak­an Pakatan Harapan (PH) tidak akan memenangi sebarang kerusi Parlimen atau DUN di negeri ini.

“Pendekatan PH kurang sesuai di negeri ini berbanding di Pantai Barat,” katanya.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia