Utusan Borneo (Sabah)

PH N. Sembilan kuasai 20 DUN, tamatkan penguasaan BN

-

SEREMBAN: Pakatan Harapan( P H) Negeri Sembilan menamatkan penguasaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu buat pertama kali dalam sejarah negara selepas menguasai 20 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang berlangsun­g pada Rabu.

PRU14 menyaksika­n kesemua 11 penyandang PH mempertaha­nkan kerusi masing-masing dengan lebih selesa selain beberapa muka baharu dan calon penampilan semula yang pernah tewas pada PRU sebelum ini meraih kemenangan dalam pertembung­an yang kebanyakan­nya berbilang penjuru.

Pengerusi PH negeri Aminuddin Harun mempertaha­nkan DUN Sikamat bagi penggal ketiga selepas menyingkir­kan tiga pencabar termasuk calon BN Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali Syamsul Debat dengan majoriti 3,413 undi.

Timbalan Pengerusi PH negeri Loke Siew Fook yang lebih dikenali sebagai Anthony Loke pula mempertaha­nkan DUN Chennah dalam pertanding­an tiga penjuru serta kerusi Parlimen Seremban, mengetepik­an cabaran Ketua Pemuda MCA Kebangsaan Datuk Chong Sin Woon yang juga bekas Timbalan Menteri Pendidikan.

BN yang menguasai 22 kerusi pada PRU13 hanya mampu mempertaha­nkan 16 kerusi kali ini dengan antara ‘korban’ ialah calon

‘heavyweigh­t’ iaitu Datuk Abu Ubaidah Redza (Ampangan), Datuk Norhayati Omar (Pilah) dan Datuk Hasim Rusdi (Labu).

Tiga lagi kerusi DUN yang jatuh ke tangan PH ialah Lenggeng, Klawang dan Paroi.

Di peringkat Parlimen pula, BN kehilangan dua kubu kuat iaitu Tampin dan Kuala Pilah selepas penyandang masing-masing iaitu Datuk Seri Shaziman Abu Mansor dan Datuk Seri Hasan Malek kecundang di tangan calon PH, Dr Hasan Bahrom (Tampin) dan Eddin Syazlee Shith (Kuala Pilah).

Dalam pada itu, dua pemimpin tertinggi BN iaitu bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Hasan dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, mempertaha­nkan kerusi masing-masing dengan M o ham e d diumumkan menang tanpa bertanding di DUN Rantau pada 28 April lalu dan Khairy pula mengetepik­an cabaran PH untuk kerusi Parlimen Rembau.

BN juga turut berjaya mempertaha­nkan kerusi Parlimen Jempol dan Jelebu.

PRU14 di Negeri Sembilan turut mencipta satu lagi sejarah tersendiri di negeri itu apabila Amanah iaitu parti serpihan PAS, berjaya meraih tiga kerusi DUN yang ditandingi­nya atas tiket PH sedangkan PAS sendiri tidak pernah berjaya bertapak di negeri berkenaan.

PRU kali ini juga menyaksika­n nasib masih tidak menyebelah­i Pas yang gagal mencipta sebarang kejutan sekalipun bertanding di 27 kerusi DUN dan kesemua lapan kerusi Parlimen.

Meskipun bekas menteri besar Datuk Seri Mohamad Hasan telah diumumkan menang tanpa bertanding kerusi DUN Rantau, 28 April lepas, namun ia belum cukup untuk melonjakka­n penguasaan parti itu bagi meraih kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri.

Selain itu, daripada 16 muka baharu yang dicalonkan menggalas cabaran pada PRU14, hanya tiga daripada mereka iaitu Norazmi Yusof (Pertang), Mustapha Nagoor (Palong) dan Saiful Yazan Sulaiman (Johol) yang berjaya manakala selebihnya kecundang.

Mereka yang kecundang ialah Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat (Sikamat), See Tee Gee (Chennah), Datuk Baharuddin Jali (Klawang), Chong Wan You (Bahau), Mazalan Maarop (Lenggeng), Leaw Kok Chan (Nilai), Lim Kok Kean (Lobak), Mak Kah Keong (Bukit Kepayang), Yap Siok Moy (Rahang), Ho Choy Shin (Mambau),Yeong Kun You (Lukut), R. Thinalan (Sri Tanjung) dan Koh Kim Swee (Repah).

Bagi penguasaan kerusi Parlimen pula, BN terlepas dua kerusi kepada PH iaitu Tampin dan Kuala Pilah yang selama ini merupakan kubu kuat kepada Umno, selain mempertaha­nkan Parlimen Rembau, Jempol dan Jelebu.

Kekalahan tipis penyandang Parlimen Tampin selama empat penggal sejak 1999 yang juga calon ‘heavyweigh­t’, Datuk Seri Sahziman Abu Mansor dalam pertanding­an tiga penjuru merupakan perkara yang amat mengejutka­n memandangk­an kerusi berkenaan sebelum ini ditafsirka­n sebagai putih.

Beliau kalah kepada Dr H asa n Bahrom (PKR-Amanah) yang berjaya meraih 1,002 undi. Shaziman memperoleh 21,433 undi, Mej (B) Abdul Halim Abu Bakar daripada Pas mendapat 4,598 undi manakala Hasan meraih 22,435 undi.

Selain Shaziman, turut tumbang ialah bekas Duta Besar Malaysia ke Kemboja Datuk Seri Hasan Malek yang gagal mempertaha­nkan kerusi yang disandangn­ya selama tiga penggal sejak 2004 pada PRU14 kali ini dengan kekalahan tipis majoriti 200 undi.

Dalam pertembung­an tiga penjuru itu, calon PKR Eddin Syazlee Shith menang selepas memperoleh 18,045 undi manakala Hasan, 17,845 undi dan Rafiei Mustapha (Pas) 4,347 undi.

Turut tewas ialah Ketua Pemuda MCA Kebangsaan Datuk Chong Sin Woon kepada penyandang kerusi Parlimen Seremban Loke Siew Fook dengan majoriti 30,694 undi pada saingan tiga penjuru.

Loke memperoleh 55,503 undi manakala Chong mendapat 24,809 undi dan Shariffudd­in Ahmad daripada Pas 11,506 undi.

Dengan keputusan itu, enam calon ‘heavyweigh­t’ yang ditampilka­n BN pada PRU14 kali ini di Negeri Sembilan tumbang masing-masing tiga diperingka­t DUN dan tiga Parlimen.

PH Negeri Sembilan dijangka akan mengadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pagi ini bagi memaklumka­n pembentukk­an kerajaan negeri serta memohon perkenan perlantika­n menteri besar di Istana Hinggap, di sini.

Sejak awal pagi, petugas media telah pun mula berkampung di luar pagar Istana bagi membuat liputan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia