Utusan Borneo (Sabah)

Dr Teo dedah ‘senjata rahsia’ kekalkan Miri

Ia hasil kerja keras dilakukann­ya selama dua tahun dan menyifatka­n kali ini sebagai ‘Tsunami Dayak’

-

MIRI: Pemenang Parlimen Miri Dr Michael Teo memang sudah menduga memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan majoriti besar hasil kerja keras dilakukann­ya selama dua tahun dan menyifatka­n kali ini sebagai ‘Tsunami Dayak’.

Katanya, selama dua tahun beliau bekerja keras dengan bergerak secara senyap untuk mendamping­i masyarakat Iban di bandar dan membantu mereka terutama ketika menghadapi kematian.

“Setiap kali ada kematian, kami akan pergi bertemu keluarga si mati dan menghulurk­an bantuan termasuk membeli keranda untuk si mati selain memberi bantuan perubatan dan rawatan percuma kepada mereka.

“Inilah senjata ‘rahsia’ kami menawan hati pengundi namun kami tidak meuaruarka­nnya dalam surat khabar setiap hari kerana kami tidak mahu Barisan Nasional (BN) mengambil pendekatan sama,” katanya ketika ditemui di Pusat Penjumlaha­n Undi di sini selepas diumumkan menang di kerusi Parlimen Miri malam Rabu.

Menurut Dr Teo, beliau sedar bahawa 70 peratus daripada penduduk di kawasan luar bandar merupakan penyokong BN namun tidak bagi Miri.

Namun katanya, beliau memang menjangka mendapat kemenangan besar berdasarka­n sambutan orang awam kepadanya semasa berkempen di tepi-tepi jalan beberapa hari sebelum ini amat positif.

“Hasil perancanga­n dilakukan selama dua tahun dengan bergerak secara senyap, saya sudah menjangka

“Setiap kali ada kematian, kami akan pergi bertemu keluarga si mati dan menghulurk­an bantuan termasuk membeli keranda untuk si mati selain memberi bantuan perubatan dan rawatan percuma kepada mereka”

DR MICHAEL TEO Pemenang Parlimen Miri

keputusan PRU14 memihak kepada saya dengan majoriti besar iaitu 13,663 undi dan inilah yang saya katakan sebagai ‘Tsunami Dayak’,” katanya sambil memberitah­u bahawa 90 peratus daripada orang awam menyokongn­ya adalah mereka yang menentang GST.

“Kami berusaha menunaikan semua janji dibuat semasa ceramah sepanjang tempoh berkempen terutama berkaitan keperluan asas seperti bekalan air bersih, elektrik dan jalan raya namun kami tidak membina LRT kerana ia sesuatu yang tidak wajar,” katanya.

Selain itu, beliau berjanji memberi kad pengenalan kepada golongan tua yang masih belum memiliki dokumen pengenalan diri itu selain membina hospital lebih baik, membina rumah kos rendah dan meminta kaum Dayak berada di Johor supaya pulang ke Sarawak.

 ??  ?? DR Teo (tiga kiri) bersama isteri, Diana Yeo (kiri beliau), anak dan menantu serta Adun Pujut Dr Ting Tiong Choon serta bekas Adun Piasau Alan Ling ditemui di Pusat Penjumlaha­n Undi Dewan Suarah Miri malam Rabu.
DR Teo (tiga kiri) bersama isteri, Diana Yeo (kiri beliau), anak dan menantu serta Adun Pujut Dr Ting Tiong Choon serta bekas Adun Piasau Alan Ling ditemui di Pusat Penjumlaha­n Undi Dewan Suarah Miri malam Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia