Utusan Borneo (Sabah)

BN berjaya pertahanka­n Parlimen Sibuti

-

MIRI: Barisan Nasional (BN) mempertaha­nkan kerusi Parlimen Sibuti apabila calonnya, Lukanisman Awang Sauni menang dengan majoriti 3,676 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Lukanisman menewaskan pencabarny­a daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jemat Panjang dan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Zulaihi Bakar.

Lukanisman meraih 12,214 undi keseluruha­n manakala Jemat mendapat 8,538 undi dan Zulaihi mendapat 1,617 undi.

Peratusan turun mengundi ialah 71.2 peratus sementara 284 undi ditolak.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Sibuti Abdul Aziz Yusuf jam 10.15 malam Rabu.

Kemenangan Lukanisman mendapat sorakan penyokong BN yang berkumpul di pekarangan Pusat Penjumlaha­n Undi Dewan Masyarakat Bekenu. Bagaimanap­un, Lukanisman tidak berada di tempat penjumlaha­n undi kerana difahamkan berada di Kuching bersama calon BN lain.

Bekas Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang ketika ditemui bersyukur kerana BN masih mengekalka­n kerusi terbabit seterusnya paling penting pengundi menerima calon muda sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

Beliau berharap Lukanisman bekerja keras dan menunaikan janjijanji manifesto BN serta memperjuan­g kebajikan rakyat yang memilihnya sebagai Ahli Parlimen Sibuti.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu Rosey Yunus, Pengarah Operasi Pilihan Raya Parlimen Sibuti Datuk Yusuf Sani Wahab serta ketua-ketua masyarakat.

 ??  ?? Rosey dan Yusuf meraikan kemenangan BN selepas diumumkan pemenang di kerusi Parlimen Sibuti.
Rosey dan Yusuf meraikan kemenangan BN selepas diumumkan pemenang di kerusi Parlimen Sibuti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia