Utusan Borneo (Sabah)

Jangan mudah tertipu pinjaman dalam talian

-

SIBU: Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit sekali lagi menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan individu tidak dikenali yang menawarkan pinjaman secara dalam talian.

Katanya ramai tertipu sejak awal tahun ini dengan jumlah laporan kes tipu membabitka­n ‘Macau Scam’ mencecah 72 kes.

Dari 1 Januari hingga 23 April lalu, sebanyak 76 kes telah diterima oleh pihaknya di mana 14 kertas siasatan telah dibuka, katanya.

Beliau mengulas lanjut bahawa pihak bank tidak pernah menggunaka­n telefon untuk berurusan dengan pelanggann­ya.

“Jika berasa ragu-ragu, anda boleh meminta kepastian daripada pihak bank atau balai polis terdekat jika pemanggil itu menyatakan panggilan yang mereka terima adalah daripada seorang pegawai polis yang mungkin menyamar,” katanya.

Katanya, jumlah kerugian yang ditanggung mangsamang­sa penipuan di daerah ini sepanjang tempoh tersebut amat membimbang­kan.

“Sehingga kini jumlah kerugian keseluruha­n yang disebabkan penipuan secara dalam talian ialah sebanyak RM648,433.55,” katanya.

Sebelum ini, seorang kerani wanita terpaksa menanggung kerugian selepas terpaksa membayar lebih 65 peratus daripada jumlah pinjaman yang dipohonnya iaitu RM10,000.

Pengadu terpaksa membayar RM6,520 sebagai yuran insurans dan GST sebagai syarat untuk meluluskan pinjaman yang tidak wujud itu.

Seorang pelaut juga pernah melaporkan bahawa dia telah ditipu RM6,400 selepas berurusan dengan seorang pemanggil yang tidak dikenali.

Pengadu yang teruja melihat pinjaman yang diiklankan melalui Google tanpa was-was membuat transaksi pemindahan wang kononnya untuk mempercepa­t proses kelulusan pinjaman.

Namun akhirnya mangsa tertipu apabila wang pinjaman tidak dapat diperolehi sehingga laporan polis dibuat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia