Utusan Borneo (Sabah)

Ekonomi Malaysia akan terus meningkat

Kemenangan mengejut PH pada PRU14 tidak akan jejaskan pertumbuha­n ekonomi negara

-

KUALA LUMPUR: Kemenangan mengejut Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14, tidak akan menjejaska­n pertumbuha­n Malaysia memandangk­an asas ekonomi negara yang kukuh, dan dapat menampung sebarang kesan mengejut sementara, kata pakar ekonomi.

Mereka yakin sebarang kejutan yang berlaku dalam pasaran saham atau tukaran mata wang asing, hanyalah sementara.

Berdasarka­n prestasi ekonomi sebelum ini, Penganalis­is Ekonomi Ramlan Pointon Consultant­s Sdn Bhd, Dr Jorah Ramlan, berkata kelembapan ekonomi yang berlaku sebelum ini bukan disebabkan oleh urusan dalaman, sebaliknya akibat faktor luar.

“Siapa pun kerajaan yang memerintah, saya boleh mengatakan bahawa ekonomi akan berkembang maju.

“Yang kita perlukan ialah kesinambun­gan dan tadbir urus. Bagi saya, ini lebih penting dalam memastikan kestabilan ekonomi.

“Mereka mesti memahaminy­a. Asas dan faktor dalam perkembang­an ekonomi tidak boleh diubah untuk populariti. Oleh itu, saya tidak jangkakan ekonomi akan merosot,” katanya kepada Bernama.’

PH penuh gaya, menang ‘ibu segala pilihan raya’ dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kembali dalam arena politik dan mengetuai kerajaan baharu selepas memenangi 121 kerusi parlimen (PKR -104) DAP9, Warisan-8) berbanding 79 kerusi oleh Barisan Nasional (BN) sehingga 4.30 pagi.

Ini merupakan lembaran baharu dalam sejarah politik Malaysia memandangk­an BN, barisan pemerintah negara sebelum ini, sudah berkuasa sejak merdeka.

Dalam manifeston­ya, PH merancang menaikkan gaji minimum kepada RM1,500, dengan kerajaan membayar separuh daripada kenaikan gaji, memansuhka­n hutang peneroka FELDA selain menyediaka­n satu juta kediaman mampu milik dalam tempoh 10 tahun.

Pakatan empat parti itu juga mahu memperkena­lkan skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk suri rumah dengan sumbangan RM50 daripada kerajaan serta dua peratus daripada suami, serta menghapusk­an tol secara berperingk­at-peringkat.

Walau apa pun perancanga­n PH, Jorah menggesa Pakatan menimbang untuk meneruskan kesinambun­gan dasar berkaitan asas negara termasuk perdaganga­n, penggunaan, perbelanja­an, pelaburan langsung asing (FDI) bagi meningkatk­an angka keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada masa depan.

Mengenai keyakinan pelabur, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pelabur Hermana Capital Bhd Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata dalam tempoh terdekat, akan berlaku reaksi utama dalam pasaran ekuiti dan mata wang, berikutan kebimbanga­n akan berlaku perubahan dasar sedia ada,

Beliau bagaimanap­un menjangkak­an pasaran akan stabil dalam tempoh dua hingga tiga bulan selepas kerajaan baharu mengambil alih Putrajaya.

“Akan berlaku anjakan dari sektor ke sektor, daripada syarikat berkaitan BN, yang kebanyakan­nya dalam infrastruk­tur fizikal, pembinaan dan hartanah kepada sektor infrastruk­tur institusi yang diperjuang­kan oleh PH,” katanya.

Sementara itu, HSBC Global Research dalam notanya barubaru ini berkata cadangan PH untuk menghapusk­an Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dan memperkena­lkan semula subsidi bahan api untuk kumpulan pengguna terpilih dalam tempoh 100 hari selepas berkuasa, menimbulka­n risiko fiskal yang ketara, berikutan ketiadaan hasil untuk mengimbang­inya.

Bagi 2017, GST menyediaka­n 21.3 peratus hasil kerajaan Malaysia berbanding 13.1 peratus daripada jumlah pendapatan minyak dan gas, katanya.

Sebelum GST, Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) hanya menyediaka­n kira-kira 7.5 peratus hasil kerajaan.

Tanpa hasil cukai tambahan daripada GST, kerajaan Malaysia akan mengalami defisit 4.9 peratus dariapda KDNK pada 2017 berbanding 3.0 peratus.

“Andai janji-janji ini ditunaikan, potensi peningkata­n saiz dalam defisit fiskal kerajaan dan terbitan bon kerajaan perlu ditetapkan,” katanya.

Pengerusi Institut Kepimpinan dan Strategi Asia bagi Pusat Kajian Dasar Tan Sri Ramon Navaratnam, berkata terdapat banyak strategi ekonomi dan kewangan yang boleh diguna pakai oleh PH tanpa terlalu bergantung kepada GST.

Beliau berkata, hasil boleh dikutip, antara lain, daripada pelbagai cukai seperti pendapatan, keuntungan hartanah dan cukai kekayaan, bagi mengurangk­an jurang pendapatan.

Peningkata­n harga bukan semata-mata atau sebahagian besarnya disebabkan oleh GST memandangk­an beratus-ratus barangan dikecualik­an daripada GST.

“Isunya sekarang ialah ketakseimb­angan antara bekalan dan pemintatan barangan dan perkhidmat­an,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia