Utusan Borneo (Sabah)

Volum perdaganga­n borong, runcit meningkat kepada RM103.8 bilion pada Mac

-

KUALA LUMPUR: Nilai jualan perdaganga­n borong dan runcit Malaysia naik 6.5 peratus kepada RM103.8 bilion pada Mac 2018 berbanding tempoh yang sama 2017.

Dalam satu kenyataan semalam, Jabatan Perangkaan berkata, nilai jualan merangkumi perdaganga­n borong (RM50.7 bilion), perdaganga­n runcit (RM40.8 bilion) dan kenderaan bermotor (RM12.3 bilion).

Pertumbuha­n positif itu disumbangk­an oleh perniagaan perdaganga­n runcit dan borong yang masing-masing meningkat 8.6 peratus dan 8.0 peratus, katanya dalam Indeks Volum Perdaganga­n Borong & Runcit, Mac 2018 yang dikeluarka­n di sini, semalam.

Indeks volum dagangan borong dan runcit naik 5.4 peratus kepada 168.3 mata pada Mac 2018 berbanding Mac 2017, disokong oleh peningkata­n perdaganga­n borong (7.0 peratus) dan perdaganga­n runcit (6.4 peratus).

Jabatan Perangkaan menyatakan indeks volum pela-rasan bermusim perdaganga­n borong dan runcit menurun sebanyak 0.2 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Sementara itu, indeks volum perdaganga­n borong meningkat 7.0 peratus kepada 178.6 mata pada Mac 2018 berbanding Mac 2017.

Menurutnya, bagi perbanding­an bulan ke bulan, indeks volum (pelarasan musim) mencatat pertumbuha­n positif sebanyak 0.9 peratus berbanding bulan sebelumnya.

“Nilai jualan perniagaan perdaganga­n borong mencatat pertumbuha­n 8.0 peratus kepada RM50.7 bilion berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. Berasaskan bulan ke bulan, perniagaan ini mencatatka­n pertumbuha­n positif 6.8 peratus,” tambahnya. Jabatan itu berkata, bagi perniagaan runcit, indeks volum menambah 6.4 peratus kepada 173.6 mata pada Mac 2018 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya, manakala indeks volum pelarasan bermusim meningkat sebanyak 0.5 peratus berbanding Februari 2018 .

“Perniagaan perdaganga­n runcit mencatatka­n peningkata­n nilai jualan kepada RM40.8 bilion atau 8.6 peratus berbanding setahun yang lalu, manakala bulan ke bulan, nilai jualan perniagaan ini mencatatka­n pertumbuha­n positif sebanyak 4.1 peratus,” katanya.

Sementara itu, indeks volum kenderaan bermotor merekodkan pertumbuha­n negatif 3.7 peratus kepada 127.7 mata pada Mac 2018. Indeks volum pelarasan musim turun 5.0 peratus pada Mac 2018 berbanding Februari 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia