Utusan Borneo (Sabah)

MAHB timbang masuk semula ke pasaran India

-

SEPANG: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menimbang memasuki semula pasaran India selepas keluar dari negara itu April lepas.

Pengarah Urusannya Datuk Badlisham Ghazali berkata India masih merupakan pasaran yang menarik kepada MAHB, dan kini mengkaji semula peluang bersama rakan usaha sama di 50 lapangan terbang di India yang merancang untuk diswastaka­n.

“Kini kami mengenal pasti lima lapangan terbang, dengan rakan usaha sama akan membawa kami melihat peluang berbeza. Kami masih menilai (potensi) disebabkan model perniagaan belum ditetapkan oleh mereka,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung ke-19 syarikat itu di sini baru-baru ini.

Badlisham bagaimanap­un berkata MAHB tidak terburubur­u untuk melabur memandangk­an tahap ke-semua lapangan terbang itu perlu memenuhi ekonomi yang menguntung­kan dari segi kos.

“Ia juga bergantung kepada jumlah pelaburan yang akan dibuat oleh rakan usaha sama, selain kami mengenal pasti peluang-peluang lain yang terdapat di Asia,” katanya.

Mengenai usaha meng-optimumkan kapasiti dan peluasan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Badlisham berkata, kira-kira RM1 bilion akan dilaburkan dalam tempoh beberapa tahun akan datang bagi menangani perkara itu selain menyelesai­kan masalah penting sedia ada.

Antara lain, membaik pulih tandas, membaiki Aerotren dalam jangka pendek hingga menggantik­annya pada 2021, meningkatk­an kecekapan dan aliran di kawasan pemeriksaa­n masuk menerusi penggunaan teknologi bagi memenuhi kapasiti bagi kira-kira 30 juta penumpang setahun (mppa).

Badlisham berkata RM400 juta lagi akan dibelanjak­an untuk kapangan terbang lain di Malaysia dengan lebih RM100 juta Sabah dan Sarawak sahaja.

“Selain itu kami juga sedang mengenal pasti pembinaan (dari segi peluasan kapasiti) secara berperingk­at-peringkat, sama ada untuk menampung lima mppa bagi memperoleh 50 juta mppa pada satu masa bagi KLIA,” katanya.

Mengenai pengembang­an sambungan rangkaian, MAHB menjangkak­an 2018 akan mencatatka­n peningkata­n 6.3 peratus jumlah pergerakan lalu lintas penumpang dan 8.3 peratus pergerakan trafik penumpang antarabang­sa, masing-masing daripada 8.6 peratus dan 14.2 peratus peningkata­n, tahun lepas.

Beliau berkata antara tumpuan utamanya ialah menyasarka­n pertumbuha­n penumpang di Asia Tenggara, Asia Utara dan trafik benua kecil India dengan pertumbuha­n dijangkaka­n pada 5.0 dan 6.0 peratus dalam tempoh 10 tahun akan datang, berdasarka­n pertumbuha­n penumpang global oleh badanbadan antarabang­sa.

“Kita perlu mengambil maklum bahawa lebih 100 juta penumpang baharu terbang ke pasaran ini setiap tahun, dan kami mahu menguasai bahagian pasaran yang adil, terutama di kawasan yang dikenal pasti,” katanya.

Pada suku pertama 2018, Badlisham berkata MAHB menyambut lima syarikat penerbanga­n baharu dan membuka sembilan perkhidmat­an baharu, dan menjangkak­an lima lagi syarikat penerbanga­n baharu menjelang akhir tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia