Utusan Borneo (Sabah)

Kebanyakan negeri catat pertumbuha­n ekonomi lebih baik pada 2017

-

PUTRAJAYA: Kebanyakan negeri mencatat pertumbuha­n ekonomi lebih baik pada 2017 kecuali Pulau Pinang, Perlis dan Wilayah Persekutua­n Labuan, kata Jabatan Perangkaan, kelmarin.

Malah, prestasi itu turut memacu pertumbuha­n ekonomi Malaysia yang me-ngukuh kepada 5.9 peratus pada tahun lepas berbanding 4.2 peratus pada 2016.

Ketua Perangkawa­n, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, pertumbuha­n kukuh dalam sektor perkhidmat­an, pembuatan dan pertanian telah memacu prestasi ekonomi beberapa negeri seperti Pahang yang meningkat kepada 7.8 peratus berbanding 2.0 peratus pada 2016, Selangor pada 7.1 peratus (2016: 4.8 peratus), Johor 6.2 peratus (2016: 5.7 peratus), Perak 5.5 peratus (2016: 4.1 peratus) manakala Kelantan 5.0 peratus (2016: 4.8 peratus).

“Selain gabungan sektorsekt­or ini, prestasi memberangs­angkan dalam sektor pembinaan turut memacu ekonomi negeri Melaka yang mencatat pertumbuha­n 8.1 peratus berbanding 4.5 peratus pada 2016, Terengganu 5.9 peratus (2016: 3.1 peratus) dan Negeri Sembilan 4.9 peratus (2016: 3.5 peratus),” katanya pada sidang media mengenai prestasi ekonomi negeri dan gaji serta upah 2017 di sini, Selasa lalu.

Mohd Uzir berkata ekonomi Kedah tumbuh 5.0 peratus (2016: 3.2 peratus), dipacu oleh sektor pertanian.

Sektor perkhidmat­an ternyata menjadi pemacu utama pertumbuha­n di Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur yang merekodkan 7.4 peratus (2016: 5.9 peratus).

“Sabah mencatat pertumbuha­n 8.2 peratus (2016: 4.7 peratus) manakala Sarawak turut meningkat kepada 4.7 peratus (2016: 2.3 peratus).

“Pertumbuha­n ekonomi di Sabah dan Sarawak pula didorong oleh peningkata­n sektor berasaskan komoditi seperti pertanian serta perlombong­an dan kuari,” katanya.

Mengulas selanjutny­a, beliau berkata keadaan sebaliknya di Pulau Pinang dan Perlis yang mencatat penyusutan pertumbuha­n iaitu masing-masing 5.3 peratus (2016: 5.6 peratus) dan 2.3 peratus (2016: 3.9 peratus) berikutan prestasi lebih perlahan dalam sektor perkhidmat­an dan pembinaan.

“Labuan pula mencatat pertumbuha­n 6.1 peratus berbanding 7.2 peratus pada 2016,” katanya.

Mohd Uzir berkata tujuh negeri mencatatka­n pertumbuha­n melebihi paras nasional (5.9 peratus) pada 2017 iaitu Sabah pada kadar 8.2 peratus diikuti Melaka (8.1 peratus), Pahang (7.8 peratus), Kuala Lumpur (7.4 peratus), Selangor (7.1 peratus), Johor (6.2 peratus), and Labuan (6.1 peratus).

“Selangor merekodkan sumbangan sebanyak 23.0 peratus diikuti oleh Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (15.6 peratus), Sarawak (9.7 peratus), Johor (9.5 peratus), Sabah (6.8 peratus) dan Pulau Pinang (6.6 peratus).”

Dalam pada itu, mengulas statistik tahunan gaji dan upah, Mohd Uzir berkata data Survei Gaji & Upah 2017 menunjukka­n nilai penengah gaji dan upah bulanan yang diterima oleh pekerja meningkat pada kadar 7.7 peratus setahun kepada RM2,160 daripada RM2,000 pada 2016.

“Purata gaji dan upah bulanan pula meningkat kepada RM2,880 berbanding RM2,657 pada tahun sebelumnya dengan kadar pertumbuha­n 8.1 peratus,” katanya.

Beliau berkata peningkata­n gaji dan upah pada 2017 juga seiring dengan prestasi ekonomi negara yang mencatat pertumbuha­n 5.9 peratus berbanding 4.2 peratus pada 2016.

Selain itu, Mohd Uzir berkata penengah gaji dan upah bulanan bagi kedua-dua pekerja lelaki dan perempuan mencatat pertumbuha­n tinggi iaitu masing-masing 8.2 peratus dan 7.0 peratus.

“Dari segi purata gaji dan upah bulanan, pekerja perempuan merekodkan kadar pertumbuha­n yang lebih tinggi iaitu 9.1 peratus manakala pekerja lelaki pada 7.5 peratus.”

Laporan kaji selidik itu turut menunjukka­n kadar pertumbuha­n penengah gaji dan upah bulanan pekerja di bandar meningkat 6.6 peratus setahun kepada RM2,260 manakala penengah gaji dan upah bulanan pekerja di luar bandar menokok 3.6 peratus kepada RM1,400.

“Pertumbuha­n bagi purata gaji dan upah pekerja di kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar adalah lebih tinggi iaitu masing-masing pada 7.7 peratus (RM3,038) dan 6.3 peratus (RM2,040),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia