Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia boleh jadi contoh ikutan dalam mengurangk­an kos kiriman wang: Bank Dunia

-

KUALA LUMPUR: Malaysia boleh menjadi contoh ikutan bagi negara-negara lain dalam usaha mencapai sasaran Bank Dunia untuk mengurangk­an kos kiriman wang kepada tiga peratus daripada jumlah yang dihantar.

Pengarah Kanan Bank Dunia bagi Amalan Global Kewangan, Daya Saing dan Inovasi Ceyla Pazarbasio­glu berkata banyak yang boleh dicontohi oleh negara-negara lain dari Malaysia dari segi mengurangk­an kos kiriman wang, yang berada pada purata 6.86 peratus di Asia Pasifik dan 7.13 peratus di peringkat dunia.

“Banyak yang telah Malaysia lakukan dari segi peraturan, perubahan perundanga­n dan menyediaka­n teknologi yang mudah diakses yang membolehka­n pengguna menghantar kiriman wang pada kos rendah,” katanya kepada pemberita di luar Forum Global mengenai Kiriman Wang, Pelaburan dan Pembanguna­n 2018 AsiaPasifi­k di sini, Selasa lalu.

Pazarbasio­glu berkata mengurangk­an kos kiriman wang adalah satu aspek penting dalam mencapai matlamat Bank Dunia membasmi kemiskinan dan kemakmuran bersama.

“Setakat ini, kos kiriman wang global telah menurun daripada sembilan peratus yang membawa kepada penjimatan AS$90 bilion (AS$1 = RM3.948),” katanya.

Pengarah Jabatan Pengawalan Perniagaan Perkhidmat­an Wang Bank Negara Nik Mohamed Din Nik Musa juga berkata kos kiriman wang di Malaysia berjumlah kirakira tiga peratus, dipacu oleh ketelusan, persaingan, pendigital­an, pengembang­an dan kuantiti urus niaga.

RemitSCOPE, portal dalam talian yang menyediaka­n profil pasaran data, analisis dan profil pasaran kiriman wang, melaporkan Malaysia merupakan antara empat negara penghantar­an kiriman wang utama di Asia Pasifik pada tahun lepas, bernilai AS$6.18 bilion.

Forum tiga hari itu, yang berakhir pada Khamis, bertemakan ‘Leveraging Remittance­s for Sustainabl­e Developmen­t Goals: A Call to Action’.

Forum itu menarik lebih daripada 400 peserta dari seluruh dunia yang mahu mencari cara untuk meningkatk­an kecekapan pasaran dan perkhidmat­an kiriman wang, menambah baik inklusi kewangan dan merangsang pelaburan diaspora.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia