Utusan Borneo (Sabah)

LG Optimis catat pertumbuha­n dua angka

-

PETALING JAYA: LG Electronic­s (M) Sdn Bhd (LG), yakin dengan prospek perniagaan­nya tahun ini berbanding tahun lepas dan menjangka mencatatka­n pertumbuha­n dua angka yang dipacu oleh segmen poduk premiumnya.

Pengarah Urusan, Kim Kyutae, berkata tindakan syarikat menukar kepada produk premium adalah strategi untuk menawan dan memenuhi permintaan pelanggan.

“Rangkaian produk premium kami yang inovatif akan membantu kami mencapai jumlah sasaran jualan dan menjadi jenama nombor satu di Asia, kerana kami adalah yang pertama memperkena­lkan teknologi canggi dan unik di pasaran berbanding pesaing kami,” katanya pada pengenalan produk terbaharu LG di sini, baru-baru ini.

Antara produk berkenaan adalah televisyen baharu dengan diod pemancar cahaya organik (organic light-emitting diode) (OLED) yang memaparkan pemproses pintar alpha9 (a9) dan mesin basuh TWINWash yang membolehka­n dua jenis bebanan cucian pada satu masa.

Sebuah lagi produk uniknya ialah peti sejuk InstaView dengan ciri mudah ‘knock-on’ dan mengurangk­an kehilangan udara sehingga 41 peratus.

Kim berkata, LG berharap pengenalan produk baharu itu akan mewujudkan pasaran tertumpu kepada syarikat.

Sementara itu, Pengurus Besar Pemasaran, Kong Mun Keen, berkata produk baharu itu akan diperkenal­kan secara berfasa bermula bulan ini kerana syarikat masih mengenal pasti beberapa strategi pemasaran.

“Bagi produk mesin membasuh pinggan mangkuk, pengering pakaian dan alat pendingin hawa, ia sedang menunggu giliran untuk diperkenal­kan, bagaimanap­un untuk produk sistem penjagaan pakaian wap dan alat pembersih udara, kami belum membuat keputusan,” kata Kong.

Tambahnya, syarikat akan menawarkan diskaun, cenderamat­a dan baucar hadiah sempena musim perayaan ini dan sewaktu pengenalan produk baharu ini yang akan diumumkan melalui laman sesawang dan seluaran media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia