Utusan Borneo (Sabah)

Hartalega labur lebih RM14 juta untuk naik taraf sistem ERP

-

KUALA LUMPUR: Pengeluar sarung tangan sintetik, Harta lega Holdings Bhd, sedang membuat pelaburan mencecah RM14 juta untuk menaik taraf sistem Perancanga­n Sumber Daya Perusahaan (ERP) sebagai sebahagian daripada komitmen bagi merealisas­ikan Industri 4.0.

Menurut syarikat itu, ERP berkenaan disasarkan untuk dilancarka­n menjelang akhir tahun, ia akan memacu kompleks pengeluara­n bersepadu generasi baharunya di Sepang.

Ia kemudian akan diperkenal­kan ke atas kilang kumpulan itu Bestari Jaya, Selangor pada tahun depan, katanya dalam satu kenyataan.

Projek naik taraf itu dibuat dengan kerjasama 9 Dots Consulting, membabitka­n penggunaan Microsoft Dynamics 365 bagi mengukuh dan memperkema­skan kesemua proses dalam fungsi perniagaan­nya.

“Keunggulan Hartalega dalam teknologi pengeluara­n dan inovasi menjadi faktor terpenting dalam mengekalka­n kelebihan daya saing kami.

“Penggunaan teknologi termaju seperti Industri 4.0 dan Internet Pelbagai Perkara, akan membolehka­n kami mengambil langkah seterusnya, menambahka­n automasi dan ketersambu­ngan data dalam membangunk­an sistem perniagaan serta pengeluara­n bersepadu yang canggih,” kata Pengarah Urusan Hartalega Kuan Mun Leong.

Katanya, Hartalega menyedari ERP perlu diterapkan keperluan untuk mengurangk­an kos dan pembaziran di dalam proses pengeluara­n.

Ini akan membolehka­n kumpulan untuk mengukuhka­n operasi dan automasi merentasi rantaian bekalan, seterusnya meningkatk­an produktivi­ti, kecekapan, penjimatan dan keuntungan untuk jangka panjang, katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia