Utusan Borneo (Sabah)

HLI, NSTP jual keseluruha­n kepentinga­n dalam MNI kepada Asia Honour

-

KUALA LUMPUR: Pemegang saham Newsprint Industries Sdn Bhd (MNI) yang terdiri daripada Hong Leong Industries Bhd (HLI) dan anak syarikat Media Prima Bhd, New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) menjual keseluruha­n kepentinga­n mereka dalam pengeluar kertas cetak pertama di negara ini kepada Asia Honour (Hong Kong) Ltd.

Dalam maluman berasingan kepada Bursa Malaysia, HLI dan Media Prima berkata, mereka dan pemegang saham MNI yang lain telah menandatan­gani perjanjian penjualan saham (SSA) pada Selasa untuk menjual saham MNI mereka dengan persetujua­n pembubar, Lim San Peen dari Pricewater­house Coopers Advisory Services Sdn Bhd.

HLI melupuskan 33.65 peratus kepentinga­nnya dalam saham biasa MNI untuk RM22.3 juta manakala NSTP menjual 21.36 peratus kepentinga­n dalam saham biasa MNI untuk RM14.15 juta.

Kedua-dua syarikat juga menjual semua saham keutamaan mereka yang boleh ditebus di MNI untuk jumlah yang sama dengan bahagian pertimbang­an baki mereka masing-masing selepas menolak semua hutang yang dijamin dan diterima, kos pembubaran dan lain-lain kos yang dipersetuj­ui dari jumlah RM338 juta.

Jualan yang dicadangka­n itu akan selesai pada hari perniagaan kelapan daripada tarikh SSA.

HLI dan Media Prima berkata, mereka dijangka menerima pertimbang­an jualan penuh pada suku Julai-September 2018.

Pemegang saham lain MNI ialah kumpulan Norske Skog dan kumpulan Rimbunan Hijau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia