Utusan Borneo (Sabah)

Suria bawakan siaran luar radio yang pertama di atas kapal cruise

-

STESEN radio Suria baru-baru ini telah berkolabor­asi bersama Cruise Tasik Putrajaya bagi menjayakan siaran luar radio yang pertama di atas kapal cruise.

Menurut Pengurus Program Suria, DJ Lin, acara kolaborasi ini bertujuan untuk mencuba sedikit kelainan dalam penganjura­n acara siaran luar radio.

“Suria sentiasa optimis dan berdaya saing dalam menghasilk­an siri digital original dan juga penganjura­n acara luar konti yang akan lebih mendekatka­n penyampai Suria dan pendengar setia.

“Diharapkan juga jenama Suria semakin berkembang dan menjadi pilihan pendengar di luar sana,” kata DJ Lin.

Sebelum ini, Suria pernah menganjurk­an siaran luar segmen Suria Petang dan Suria Cinta bertempat di MYDIN USJ, Subang Jaya pada 6 April lepas yang melibatkan penyampai Tyzo, Suraya dan DJ Lin.

Tidak seperti sebelum ini, siaran luar Suria bersama Cruise Tasik Putrajaya pada 5 Mei 2018 di Putrajaya itu melibatkan hampir kesemua penyampai Suria antaranya Sharifah Shahirah, Fizi Ali, Feeya Iskandar, Tyzo, Suraya, DJ Lin dan Halim Othman.

Pendengar bertuah yang dipilih melalui peraduan di Suria berpeluang bersama-sama melayari tasik Putrajaya sambil menyertai aktiviti ramah mesra bersama penyampai Suria dan artis jemputan seperti Francisca Peter dan Lan Solo.

Dapatkan maklumat dan perkembang­an terkini berkenaan Suria di laman web Suria www.suria.my dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMal­aysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia