Utusan Borneo (Sabah)

Fazley Yaakob dilantik sebagai wajah kempen Ramadan Chatime

-

CEF selebriti, penyanyi dan usahawan popular, Dato’ Fazley Yaakob, 40, baru-baru ini telah dilantik sebagai wajah kempen Ramadan jenama terkenal dan francais bubble tea antarabang­sa, Chatime, dalam sebuah majlis pelancaran yang diadakan di SukaSucre Bistro miliknya di Kuala Lumpur.

Sebagai wajah kempen yang menampilka­n tema ‘Buka Puasa, Buka Rasa’ itu, Fazley menghasilk­an dua minuman edisi istimewa iaitu Bandung Sago Pearl Milk Tea dan Cendol Sago Milk Tea untuk memenuhi kepelbagai­an permintaan pelanggan Chatime sama ada yang sedia ada dan baharu terutama pada musim Ramadan ini.

Menurut Fazley, dia amat terharu dan merasa bangga kerana diberi peluang untuk bekerjasam­a dengan Chatime yang kebetulan merupakan minuman kegemarann­ya dan keluarga sejak awal lagi.

Turut hadir di acara itu ialah Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia Sdn. Bhd. milik penuh Will Group, Aliza Ali dan Pengarah Eksekutif, Widayu Latiff.

Dua minuman istimewa ini boleh diperolehi di seluruh cawangan Chatime di Malaysia di mana ia dijual setiap satu dengan harga RM8.90 bermula seminggu sebelum Ramadan dan berakhir pada minggu awal Hari Raya Aidilfitri ini.

Chatime yang memasuki negara ini sejak tahun 2009 kini mempunyai hampir 40 cawangan di seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Chatime, layari platform laman sosial Chatime Malaysia sama ada di Facebook, Twitter dan Instagram.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia