Utusan Borneo (Sabah)

SHAFIE ANGKAT SUMPAH KM

Ganti Musa dalam tempoh 48 jam

-

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal malam Sabtu mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah ke-15 di Istana Negeri di sini.

Ini sekali gus menggantik­an kerajaan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) pimpinan Tan Sri Musa Aman dalam tempoh 48 jam selepas hilang majoriti mudah.

Mohd Shafie dilantik Ketua Menteri selepas parti pimpinanny­a bersama PKR dan DAP memperoleh majoriti mudah iaitu 35 kerusi daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila enam Anggota DUN dari BN iaitu empat dari UMNO dan dua dari UPKO berpaling tadah kepada parti Warisan.

Mohd Shafie, 61, mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang diPertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin­pada jam 9.11 malam dan menandatan­gani watikah pelantikan dengan disaksikan oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum.

Pada malam 10 Mei lepas, Musa, yang juga Ketua Perhubunga­n UMNO Sabah dan Pengerusi BN Negeri, telah mengangkat sumpah sebagai ketua menteri bersama Presiden Star, Datuk Dr Jeffrey Kitingan sebagai timbalan ketua menteri, selain dua lagi timbalan ketua menteri dan tujuh menteri penuh.

Bagaimanap­un, pada petang Sabtu, Musa menafikan beliau meletak jawatan malah mempengeru­sikan mesyuarat Kabinet negeri yang pertama di Pejabat Pentadbira­n Kerajaan Negeri di sini, tengah hari tadi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Rabu lalu, Warisan memperoleh 21 kerusi DUN, manakala rakanrakan Warisan dari Pakatan Harapan (PH) iaitu DAP memperoleh­i enam kerusi dan PKR dua kerusi.

Bagaimanap­un, jumlah kerusi DUN yang diperolehi Warisan dan rakan politiknya dalam PH sebanyak 29 belum mencapai majoriti mudah untuk membolehka­n parti itu membentuk kerajaan dan memerlukan kerusitamb­ahan lain.

Berikutan tindakan enam ADUN BN itu menyeberan­g ke parti Warisan, Warisan kini mempunyai kerusimenc­ukupi sebanyak 35 untuk membentuk kerajaan berasaskan majoriti mudah.

 ??  ?? PRESIDEN Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang ke-15 pada jam 9.11 malam Sabtu. Upacara angkat sumpah itu dihadapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin. Acara itu diadakan kurang...
PRESIDEN Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang ke-15 pada jam 9.11 malam Sabtu. Upacara angkat sumpah itu dihadapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin. Acara itu diadakan kurang...
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia