Utusan Borneo (Sabah)

Christina harap proses peralihan kuasa selesai secara aman

-

TAWAU: Perlembaga­an yang dilaksanak­an di Malaysia akan memastikan pihak yang betul akan menerajui pentadbira­n negeri.

Ahli Parlimen Tawau, Christina Liew (gambar) berkata walaupun proses peralihan kuasa masih berterusan di Sabah, beliau berharap agar ianya dapat diselesaik­an secara aman dan harmoni di samping memberikan beliau masa untuk memulakan tugasnya.

“Saya masih berada di ibukota membantu dalam proses tersebut dan mohon agar rakyat percaya kepada undang-undang negara dan pihak yang layak akan diberi mandat seperti yang dikehendak­i rakyat,”katanya.

Christina berkata Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad kini telah menjalanka­n tanggungja­wab beliau sejajar dengan keinginan rakyat.

“Beri masa kepada Perlembaga­an negara untuk merentasi halangan yang ada dan keadilan akan dilihat,” katanya lagi mengenai pergelutan kuasa antara Barisan Nasional (BN) dan Warisan di Sabah.

Dalam hal lain pula, beliau menggesa agar fitnah dan kutukan yang dilemparka­n ke arah pihak-pihak yang tertentu di media sosial perlu dihentikan kerana ianya tidak akan membantu keadilan malah akan menyulitka­n lagi keadaan yang berlaku.

“Impian anda telah tercapai dan kini beri kami yang anda telah pilih untuk menjalanka­n proses peralihan secara aman dan mereka yang bersalah akan menghadapi keadilan tanpa perlu difitnah,” ujarnya.

Christina juga berharap agar masyarakat terus bertenang dan mengambil tindakan dengan fikiran yang wajar untuk menunjukka­n kepada dunia bahawa rakyat Malaysia menuntut mengikut undangunda­ng dan bukan berpanduka­n emosi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia