Utusan Borneo (Sabah)

Najib lepaskan jawatan Presiden Umno, Pengerusi BN

-

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu melepaskan jawatan sebagai Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa serta-merta susulan prestasi buruk BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) barubaru ini.

Beliau mengumumka­n demikian pada sidang berita selepas mesyuarat Biro Politik Umno di ibu pejabat parti di Menara Dato Onn di sini.

“Mengambil kira keadaan semasa...dan memandangk­an Umno dan BN telah mengalami kekalahan yang amat berat (dalam PRU14), maka saya sebagai Presiden Umno dan Pengerusi BN mengambil keputusan meletakkan (kedua-dua) jawatan itu sertamerta.

“Ini adalah kerana mengikut prinsip, sesiapa yang menjadi ketua sesebuah parti dan parti itu gagal dalam pilihan raya, maka tanggungja­wab moral mestilah diterima sepenuhnya oleh orang berkenaan,” katanya.

Najib berkata Biro Politik itu juga bersetuju supaya Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjalanka­n tugas-tugas Presiden Umno manakala Datuk Seri Hishamuddi­n Tun Hussein, juga Naib Presiden Umno, menjalanka­n tugas Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi BN.

Beliau turut memberi jaminan tidak akan meninggalk­an parti itu.

PRU14 menyaksika­n penguasaan 60 tahun BN di persada pemerintah­an negara berakhir apabila hanya menang 79 daripada 222 kerusi Parlimen.

BN turut hilang kuasa di Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak dan Sabah.

 ?? - Gambar BERNAMA ?? NAJIB dipeluk oleh Ahmad Zahid selepas selesai sidang media mengenai pengumuman peletakan jawatan beliau di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu.
- Gambar BERNAMA NAJIB dipeluk oleh Ahmad Zahid selepas selesai sidang media mengenai pengumuman peletakan jawatan beliau di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia