Utusan Borneo (Sabah)

Lima Ketua Pergerakan Pemuda Umno umum keluar parti

Lima Ketua Pergerakan Pemuda Umno keluar parti

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Lima lagi Ketua Pergerakan Pemuda Umno di negeri ini mengumumka­n untuk keluar parti, seterusnya menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan), di sini, pada Sabtu.

Pengisytih­aran itu diketuai oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar yang sudah mengumumka­n keluar parti lebih awal pada Jumaat di kediaman rasmi Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal.

Menurut Jamawi, keputusann­ya keluar Umno dan menyertai Warisan turut mendapat sokongan daripada lima Ketua Pemuda Umno terbabit.

Dimaklumka­n, mereka juga meletakkan jawatan serta-merta dan menyertai parti berkenaan.

“Bagi saya, manifestas­i ini membuktika­n bahawa kami memikirkan kepentinga­n rakyat secara keseluruha­nnya khususnya untuk kestabilan politik yang berpanjang­an di Sabah.

“Kami tidak mahu situasi politik terus berada tidak stabil kerana rakyat masih menunggu supaya kelangsung­an politik berjalan lancar dan perkhidmat­an kerajaan kepada rakyat terus dipercepat­kan,” katanya pada sidang media, di sini pada Sabtu.

Selain itu beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Tenom berkata, kesemua mereka juga tidak menetapkan sebarang syarat untuk masuk Warisan dan hanya mengatakan mahu menjadi

“Kami tidak mahu situasi politik terus berada tidak stabil kerana rakyat masih menunggu supaya kelangsung­an politik berjalan lancar dan perkhidmat­an kerajaan kepada rakyat terus dipercepat­kan, ” JAMAWI JAAFAR

Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia

sebagai pengikut dan penyokong parti berkenaan.

Lima Ketua Pemuda Umno yang dimaksudka­n adalah Ketua Pemuda Umno bahagian Tawau Ariffin Kassim, bahagian Silam Halim Gulam Sidek, bahagian Keningau Nik Mohd Nadzri, bahagian Sepanggar Ramlan Awal, dan bahagian Pensiangan Jehan Osman Ongkomog.

 ??  ??
 ??  ?? JAMAWI (dua dari kiri) bersama Jehan (kiri), Ariffin (dua dari kanan) dan Nik Mohd (kanan) menunjukka­n simbol Warisan selepas sidang media pada Sabtu.
JAMAWI (dua dari kiri) bersama Jehan (kiri), Ariffin (dua dari kanan) dan Nik Mohd (kanan) menunjukka­n simbol Warisan selepas sidang media pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia