Utusan Borneo (Sabah)

‘Sifu’ rai empat dekad dengan konsert di kota singa

-

TAHUN 2018 adalah tahun ke-40 artis lagenda M. Nasir menceburka­n diri dalam industri muzik. Sempena meraikan kejayaan ini, Mediacorp Suria dan Mediacorp VizPro Internatio­nal akan mempersemb­ahkan acara istimewa ‘Konsert Suatu Masa M. Nasir – Raikan Muzik 40 Tahun’ pada 6 Julai 2018 di MES Theatre at Mediacorp di Singapura. M.Nasir atau Dato’ Dr. Mohd Nasir bin Mohamed mula bertapak dalam industri muzik Singapura dan Malaysia sejak 1978 lagi, dan sejak itu telah membina nama sebagai penyanyi, penggubah lagu, komposer, penerbit, penyair, pelakon dan juga pengarah filem. Dengan pelbagai anugerah yang telah dinobatkan kepadanya, M. Nasir tetap bertahan dalam industri muzik dengan sokongan padu peminatnya.

M.Nasir, atau lebih dikenali sebagai Sifu dalam kalangan peminatnya berharap peminat dapat menyambut kejayaan beliau bersama-sama di konsert yang bakal menggegark­an pentas Singapura itu nanti di mana beliau dijangka akan menyanyika­n pelbagai lagu hits merentasi zaman selain mengimbau kembali sejarah muzik masa lalu. Tambah M. Nasir, konsert ini juga adalah satu peluang terbaik untuk beliau mempersemb­ahkan muziknya kepada generasi muda, dan berharap ia akan memberi inspirasi kepada bakat baharu di masa depan.

Sementara itu, Ketua Penyiaran Melayu Mediacorp Zakiah Halim turut berkongsi keterujaan mereka membawakan konsert bersejarah seniman yang dilahirkan di Singapura itu yang telah bertahan selama 40 tahun dalam industri muzik Melayu di rantau ini. “Ramai penggemar muzik, dari beberapa generasi membesar dengan lagu-lagu penyanyi dan komposer tersohor ini. Ini satu peluang keemasan bagi para peminat merasakan sentuhan listrik beliau, menunjukka­n sokongan sambil meraikan keunggulan dan kegemilang­an kerjaya seni M. Nasir,” katanya.

Konsert ini juga akan menampilka­n penyanyi popular kelahiran Akademi Fantasia yang berasal dari Singapura, Aisyah Aziz, yang dijangka akan turut menyanyika­n lagu duet bersama M.Nasir.

Tiket-tiket untuk menyaksika­n Konsert Suatu Masa M. Nasir – Raikan Muzik 40 Tahun boleh dibeli di laman sesawang SISTIC Singapura, www.sistic.com.sg.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia