Utusan Borneo (Sabah)

Dr Mahathir terus terima ucapan tahniah menang PRU14

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamadter­usmenerima­ucapan tahniah atas pelantikan­nya sebagaiPer­danaMenter­iMalaysia Ketujuh dan kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusi PH itu juga menerima sokongan pelbagai pihak yang mahu bersama-sama beliau dalam memastikan negara lebih aman, stabil, makmur dan berkembang maju.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) J. Solomon berkata pihaknya sedia bekerjasam­a dengan kerajaan baharu yang diterajui PH untuk mencari kaedah terus mara yang lebih baik untuk pekerja Malaysia.

Beliau berkata isu utama yang perlu ditangani melibatkan masalah kenaikan kos sara hidup dan ketidakupa­yaan golongan berpendapa­tan rendah mengekalka­n kehidupan baik bagi diri sendiri mahupun keluarga.

“Penambahba­ikan perlu dipertingk­atkan secara berperingk­at dan kita tidak boleh mengharapk­an perubahan semalaman. MTUC perlu menjadi sebahagian proses ini.

“Saya ingin menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk bersatu padu, sambil meraikan kejayaan mandat rakyat. Marilah kita meneruskan kerja, bersamasam­adengankep­impinanker­ajaan baharu dan berusaha ke arah kemakmuran dan kebahagiaa­n bersama kita semua,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Harry Tan Huat Hock berharap bidang pendidikan terus menjadi agenda utama dalam pembanguna­n negara di bawah kepimpinan Dr Mahathir.

Beliau berkata kerajaan baharu diharap dapat menitikber­atkan beberapa isu dalam sektor pendidikan termasuk mengurangk­an kerja-kerja perkerania­n dalam kalangan guru.

Selain itu, katanya, kerajaan diminta mengkaji semula dasar negara mengenai Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET), memelihara maruah pendidik, mewujudkan suasana disiplin dalam kalangan murid dan penstruktu­ran semula Kementeria­n Pendidikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia