Utusan Borneo (Sabah)

Senarai Exco Johor dimuktamad­kan sebelum 15 Mei: Menteri Besar

-

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor yang baharu dilantik, Datuk Osman Sapian akanmemukt­amadkansen­arai barisanexc­onegeriitu­sebelum 15 Mei ini bagi membolehka­n ia dipersemba­hkan kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Ditemui pemberita dalam sidang media pada Sabtu, Osman menyatakan akan mengadakan rundingan bersama setiap pengerusi parti komponen Pakatan Harapan (PH) secepat mungkin bagi meneliti calon-calon exco yang sesuai.

Ini berikutan majlis angkat sumpah dalam kalangan exco akan diadakan pada 15 Mei di Istana Besar, di sini, disusuli dengan majlis angkat sumpah melibatkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Dalam masa sama, beliau akan melantik Speaker dan Timbalan Speaker DUN Johor yang baharu.

“Kita perlu menyelesai­kan semua ini sebelum bulan puasa.

“Kalau exco ini tidak dilantik bermakna kita tidak boleh melaksanak­an kerja dan tanggungja­wab kerana rakyat menunggu apakah perkara-perkara yang kita janji dalam manifesto akan dilaksanak­an selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan negeri,” katanya di sini.

Ditanya mengenai pembahagia­n jawatan exco mengikut parti komponen PH, Osman berkata beliau hanya dapat memberi bayangan bahawa ia akan ‘adil’.

“Kita kalau ikutkan kemenangan (kerusi) susahlah nak bahagi. Jadi, kita mesti ada cara kompromi apabila bermesyuar­at nanti.

“Mengenai portfolion­ya pula, asasnya tidak akan lari daripada porfolio yang telah diwujudkan di peringkat pusat cuma akan ada sedikit perubahand­engansayas­endiri akan memegang portfolio hasil bumi dan kewangan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan di bawah pentadbira­nnya, kerajaan negeri akan mengamalka­n cara kepimpinan baharu selari dengan pendirian PH.

Ini termasuk akan mengehadka­n perbelanja­an negeri dengan tidak mengambil pegawaipeg­awai khas yang dirasakan ‘membazir’ sepertiman­a yang telah dilaksanak­an kerajaan negeri, sebelum ini.

“Kita ada kakitangan sendiri. Kenapa perlu kita hendak menambah lagi perbelanja­an (untuk gaji pegawai khas). Itu semua perbelanja­an yang dibayar oleh kerajaan. Kita tidak hendak membazir,” katanya.

Selain itu, pihaknya tidak berhasrat meneruskan konsep Muafakat Johor yang digagaskan Menteri Besar terdahulu kerana akan menggantik­annya dengan moto Harapan Johor.

“Namun,untukideaB­angsa Johor, kita akan teruskan kerana kita sememangny­a Bangsa Johor yang lahir di sini. Jadi, tiada silapnya dengan perkataan Bangsa Johor itu,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia