Utusan Borneo (Sabah)

Aminuddin seorang yang mengutamak­an keluarga, bersopan santun

-

PORT DICKSON: Sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan dan mengadakan sidang medianya yang pertama, Aminuddin Harun terus pulang ke kediaman bapanya Harun Selamat, 104, di Kampung Pachitan di sini, bagi memohon restu anggota keluargany­a.

Dibesarkan di kampung berkenaan bersama lima adik-beradik, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan itu disifatkan anggota keluargany­a sebagai seorang yang baik, amat mementingk­an hubungan keluarga, bersopan santun dan mempunyai sifat kepimpinan.

Abang kedua Aminuddin, Ismail Harun, 72, tidak menyangkad­apatmenyak­sikan hari yang penuh bersejarah dalam keluarga mereka apabila adik bongsunya yang pernah diajarkan suatu ketika dahulu semasa menjadi guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah, di sini dipilih untuk menerajui negeri ini.

“Pada saya perkara ini amat membanggak­an kerana adik yang juga anak murid saya telah berjaya sehingga ke tahap ini iaitu menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan...bagi pihak seluruh keluarga saya bersyukur atas pelantikan ini.

Saya berharap bahawa beliau dapat menggalas tanggungja­wab sebagai seorang pemimpin walaupun mempunyai banyak cabaran tapi sebagai Menteri Besar, saya yakin beliau mampu melakukann­ya demi kepentinga­n rakyat negeri ini,” katanya kepada pemberita di kediaman ibu bapanya di sini, Sabtu.

Abang kelima kepada Pengerusi PKR Negeri Sembilan itu, Mohd Amin, 54, pula mengimbas kembali perjalanan mereka berdua dalam arena politik termasuk pernah dimarahi bapanya ketika Aminuddin melahirkan hasrat ingin bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat.

“Namun kemarahan bapa saya reda selepas dimakluman hasrat yang sebenar Aminuddin untuk bertanding dan akhirnya beliau dapat menerima dan menghormat­i keputusan kami untuk bergiat aktif dalam politik,” katanya sambil mengharapk­an adiknya dapat melaksanak­an amanah yang telah diberikan rakyat Negeri Sembilan dengan baik.

Sementara itu, Aminuddin, 51, berkata beliau bersyukur kepada Allah di atas perlantika­nnya sebagai menteribes­ardanberja­njiakan menggalas tanggungja­wab itu sebaik yang mungkin.

“Saya mengambil kesempatan ini, merakamkan terima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Umum PH Datuk Seri Anwar Ibrahim, anggota Majlis Presiden PH dan Anggota Dewan Undangan Negeri PH atas sokongan dan kepercayaa­n yang diberikan.

“Paling istimewa, rakaman terima kasih saya kepada seluruh rakyat negeri ini yang telah memberikan kepercayaa­n kepada kami (PH), melalui PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14) yang lalu. Harapan kalian akan kami laksanakan, Insya-Allah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia