Utusan Borneo (Sabah)

Presiden Sri Lanka ucap tahniah kepada Dr Mahathir atas kemenangan bersejarah

-

KUALA LUMPUR: Presiden Sri Lanka Maithiripa­la Sirisena mengucapka­n tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad atas kemenangan beliau dalam pilihan raya umum di Malaysia baru-baru ini.

Dalam perutusan tahniah, Maithripal­a berkata kemenangan bersejarah itu membuktika­n bahawa rakyat Malaysia meletakkan kepercayaa­n dan keyakinan kepada kepimpinan dan kepintaran politik beliau.

“Saya yakin sepenuhnya bahawa di bawah kepimpinan cemerlang beliau, Malaysia akan terus melakar peristiwa penting dalam hala tujunya yang mencapai kejayaan,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau juga berkata Sri Lanka dan Malaysia terikat melalui sejarah berdasarka­n hubungan rakyat dengan rakyat dan berkongsi perjuangan bersama di pentas antarabang­sa.

“Saya mengimbas kembali dengan kekaguman pertemuan kami semasa lawatan rasmi saya ke Malaysia pada Disember 2016 apabila saya diberi penghormat­an membincang­kan perkaraper­kara kepentinga­n bersama,” kata kenyataan itu.

Beliau percaya bahawa di bawah kepimpinan Dr Mahathir, hubungan yang telah lama terjalin dan mesra antara Colombo dan Kuala Lumpur akan diperkukuh­kan lagi demi daedah bersama rakyat kedua-dua negara, merangkumi bidang-bidang baharu kerjasama.

Dr Mahathir mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh pada Khamis susulan kemenangan Pakaran Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia