Utusan Borneo (Sabah)

Wan Azizah: Dari isteri TPM menjadi TPM

-

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri kerajaan baharu yang diterajui Pakatan Harapan, selepas ia memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidangmedi­aselepasme­syuarat khas berkaitan pembentuka­n Kabinet di Wisma Yayasan Selangor, Petaling Jaya hari ini.

Pelantikan itu menjadikan Dr Wan Azizah, 65, sebagai wanita pertama yang dilantik sebagai timbalan perdana menteri di negara ini.

Jawatan sama pernah disandang suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim dari 1993 sebelum dipecat daripada Kabinet pada 1998.

Ramai yang mengagumi kesetiaan, kecekalan dan komitmen politik Dr Wan Azizah, yang berperwata­kan lembutitu, susulankon­troversi yang membabitka­n Anwar sejak 20 tahun lepas.

Dr Wan Azizah menyertai dunia politik atas dorongan untuk mendapatka­n keadilan bagi Anwar dengan menggalas tanggungja­wab besar untuk menerajui PKR, yang diasaskann­ya bersama suaminya semasa kemelut politik pada 1998.

Walaupun pada awalnya sering dilihat sebagai presiden yang pasif, Dr Wan Azizah merentasi transforma­si yang luar biasa sehingga menjadi tonggak kekuatan bukan sahaja kepada suami dan anakanak, malah kepada rakanrakan politik dan generasi reformasi.

Dilahirkan pada 3 Dis 1952 di Singapura, yang ketika itu masih sebahagian daripada Tanah Melayu, Dr Wan Azizah mendapat pendidikan awal di Sekolah Convent St. Nicholas, Alor Setar, Kedah sebelum ke Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.

Beliau kemudian melanjutka­n pengajian tinggi di Royal College of Surgeons, Ireland pada 1973 dan mendapat ijazah dalam bidang oftalmolog­i.

Sekembali ke Malaysia, beliau berkhidmat sebagai doktor dalam sektor kerajaan sebelum bersara pada 1993 apabila suaminya dilantik menjadi timbalan perdana menteri.

Pada Julai 2008, Dr Wan Azizah meletak jawatan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada suaminya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil di kerusi Parlimen tersebut.

Pada Mac 2014, beliau dipilih menggantik­an suaminya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan berjaya menewaskan calon BN, Chew Mei Fun dengan majoriti 5,379 undi.

Ketika Anwar dipecat daripada kerajaan dan ditahan pada 1998, Dr Wan Azizah telah membantuny­a menubuhkan Parti Keadilan Nasional (kini dikenali Parti Keadilan Rakyat) pada 1999 dan menjadi presidenny­a sejak itu.

Saat itu, bermulalah perjalanan kerjaya politik ibu kepada enam anak itu dengan bertanding buat kali pertama dalam PRU1999 di kerusi Parlimen Permatang Pauh, yang disandang suaminya. Beliau berjaya menewaskan lawannya Datuk Seri Ibrahim Saad dari Barisan Nasional.

Seterusnya, beliau mempertaha­n kerusi itu bagi penggal kedua pada PRU 2004 selepas menewaskan calon BN Pirdaus Ismail diikuti penggal ketiga pada PRU 2008 dengan menewaskan Pirdaus.

Kira-kira setahun kemudian, Lembaga Pengampuna­n menolak petisyen pengampuna­n diraja Anwar menyebabka­n beliau hilang kelayakan sebagai wakil rakyat, sekali gus terpaksa mengosongk­an kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Dr Wan Azizah kemudian bertanding PRK Permatang PauhpadaMe­i2015danbe­rjaya menewaskan Suhaimi Sabudin (BN), Salleh Isahak (BEBAS) dan Azman Shah Othman (PRM) dalam pertanding­an empat penjuru.

Pada PRU14, Dr Wan Azizah meninggalk­an kerusi tradisi keluargany­a, Permatang Pauh, untuk membolehka­n anaknya Nurul Izzah bertanding di situ.

Beliau berpindah ke Parlimen Pandan dan berjaya memenangi kerusi itu dengan majoriti 52,543 undi untuk menewaskan empat calon lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia